suria

“Tak rasa segan ke?” - Pasangan suami isteri selamba mandi bersama di rumah mentua, berkemban lalu depan orang tengah sarapan!

Adab dan tingkah laku perlu dijaga apabila berada di rumah orang. -Gambar hiasan AI

MANDI bersama pasangan dianggap perbuatan romantis dalam mengukuhkan ikatan dan kasih sayang di antara suami isteri.

Namun ada juga yang tiada common sense selamba melangkah keluar dari bilik air bersama pasangan dalam keadaan berkemban di hadapan ahli keluarga lain.

Itu situasi jelik yang berlaku di rumah seorang wanita ketika sambutan Aidilfitri yang lalu dan menganggap perbuatan pasangan tersebut sebagai tidak tahu malu.

"Aku dengan suami tengah breakfast di dapur, kemudian pasangan suami isteri ini lalu melintasi meja makan.

Hari Raya Aidilfitri sering dijadikan acara tahunan untuk masyarakat berkumpul. -Gambar hiasan

Hari Raya Aidilfitri sering dijadikan acara tahunan untuk masyarakat berkumpul. -Gambar hiasan

"Si lelaki pakai tuala paras pinggang, yang isteri pula berkain batik panjang dan menutup bahu dan kepala dengan tuala.

"Mereka mandi bersama dalam bilik air di dapur rumah mentua," ujarnya di Threads.

Baginya, tingkah laku ditunjukkan pasangan tersebut tidak wajar kerana sedang berada di rumah keluarga yang mempunyai ramai saudara-mara lain.

Tambahan pula, kedudukan bilik air tersebut berada di bahagian dapur dan perlu melalui ruang makan yang sentiasa mempunyai orang.

  • Isu penampilan dan adab di kampung jadi perbualan hangat setiap Aidilfitri.
  • Wanita terkejut lihat pasangan mandi bersama di bilik air dapur rumah mentua.
  • Pasangan berjalan melintasi ruang makan hanya berkemban dan bertuala.
  • Anggap perbuatan tidak wajar kerana ramai ahli keluarga berada di rumah.
  • Netizen beri reaksi bercampur, ada setuju soal adab, ada anggap perkara biasa.

"Tak rasa segan ke mandi bersama suami isteri dekat rumah mentua? Bilik air di dapur sebab adik-beradik lain boleh lalu-lalang. 

"Memang dalam Islam halal bagi suami isteri mandi bersama tapi ini rumah orang, aku pula segan tengok mereka berkemban masuk bilik air," luahnya.

Mengakui turut menggunakan bilik air sama di rumah tersebut, dia berkongsi caranya apabila ingin mandi.

Menurutnya, dia akan mengenakan baju tidur sehingga ke bilik air dan menyalin pakaian selepas mandi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua ajak kawan bertandang rumah anak, melenting menantu tak hidang makan minum - “Takkan nak jamu air kosong?”

ARTIKEL BERKAITAN: Malu anak tiri tak jaga adab masa raya, tapi wanita malas tegur! Risau famili mentua anggap dera - “Mereka geng bekas isteri suami”

"Aku pun mandi di bilik air itu juga, tapi pakailah baju tidur sampai masuk.

"Bukan hari-hari pun rumah ramai orang," tambahnya yang berharap individu berkenaan mempunyai common sense dalam setiap tingkah laku.

Hantarannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju adab dan rasa segan perlu dijaga apabila menumpang di rumah orang demi menghormati ahli keluarga lain.

"Mandi sekali itu sebab nak jimat masa dan tak mahu beratur panjang dekat kampung.

"Saya pun mandi sekali dengan suami dan baby di rumah mentua, tak rasa malu pula sebab bukan buat aktiviti seksual pun," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain