suria

“Aku tak layak diperjuangkan ke?” - Bakal suami ajak ‘share’ duit hantaran RM15,000, wanita rasa maruah diri dipijak!

Persiapan perkahwinan sememangnya memerlukan perbelanjaan wang yang besar. -Gambar hiasan AI

PEMBERIAN wang hantaran bukan perkara wajib dalam hukum Islam, sebaliknya ia merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu yang dianggap sebagai hadiah dan tanda penghargaan pihak lelaki kepada bakal pengantin perempuan.

Ia juga sering dianggap simbol kesungguhan dan kemampuan seseorang lelaki dalam memikul tanggungjawab sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Dalam satu perkongsian di Threads, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila teman lelakinya meminta agar mereka berkongsi beban mengumpul wang hantaran, sekali gus menimbulkan dilema dalam diri. 

"Sedih sikit bila teman lelaki ajak share duit hantaran. Seolah aku ni macam tak layak diperjuangkan dan diusahakan ke?" tulisnya dalam hantaran tersebut. 

Pemberian wang hantaran sudah menjadi seperti amalan tradisi dalam perkahwinan Melayu. -Gambar hiasan AI

Dalam masa sama, dia mengakui keliru dengan perasaannya sendiri dan tertanya-tanya sama ada perkara itu sesuatu yang normal atau disebabkan emosinya terganggu.

"Benda ni normal ke atau aku yang emosi lebih?" luah wanita itu lagi.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya, dia dan pasangan merancang untuk menetapkan wang hantaran berjumlah RM15,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikat perut kumpul hantaran RM30,000, bakal isteri tarik diri menjelang majlis kahwin - "Aku dah tak percaya perempuan"

ARTIKEL BERKAITAN: Wang hantaran RM15,000 dah ‘cekau’, tiba-tiba pihak perempuan minta tambahan lagi RM8,000! Tak cukup duit buat kenduri

Bagaimanapun dia tidak menyatakan lebih lanjut sama ada pasangannya meminta berkongsi sebahagian sahaja atau separuh daripada jumlah tersebut.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai pandangan dalam kalangan netizen. 

Ada melihatnya sebagai isu komunikasi dan perancangan kewangan bersama, memandangkan perkahwinan memerlukan kerjasama kedua-dua pihak. 

  • Seorang wanita terkilan apabila teman lelakinya meminta mereka berkongsi wang hantaran RM15,000.

  • Dia berasa sedih dan tertanya-tanya sama ada dirinya tidak cukup 'diperjuangkan'.

  • Dia akui permintaan tersebut membuatkannya keliru dengan perasaan sendiri.

  • Ada netizen berpendapat kewangan perkahwinan wajar diusahakan bersama.

  • Ada juga yang menegaskan wang hantaran kebiasaannya tanggungjawab lelaki sebagai tanda komitmen.

"Nak kawin sama-sama, usahalah sama-sama. Kongsi sajalah, apa masalahnya? Lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit.

"Kumpul sama-sama. Contoh dia kumpul duit hantaran RM10,000... awak pun kumpul RM10,000 untuk duit kecemasan atau duit lepas kahwin atau barang rumah," komen sebahagian netizen. 

Namun, tidak kurang juga yang berpendapat wang hantaran lazimnya menjadi tanggungjawab pihak lelaki sebagai tanda kesediaan dan komitmen.

"Tak normal. Bila dia bersungguh hendakkan kita, dia pasti usaha. Tolong jangan rendahkan maruah kamu," komen netizen yang lain. 

Artikel Lain