SEBANYAK 59.2 peratus pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menjalani Program Saringan Kesihatan (HSP) mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.Lebih membimbangkan apabila analisa yang direkodkan dalam tempoh tiga tahun terkini itu melibatkan golongan berusia 40 hingga 59 tahun. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, peratusan itu sekali gus menggambarkan situasi membimbangkan terhadap tahap kesihatan rakyat Malaysia.Menurut Khairul, dapatan sama turut menunjukkan kira-kira 19 peratus pekerja menghidap diabetes manakala 17.45 peratus lagi mempunyai masalah tekanan darah tinggi."Malah kira-kira 59.24 peratus pekerja menjalani saringan didapati mempunyai masalah kolesterol tinggi dengan profil risiko ini banyak melibatkan golongan berusia 40 hingga 59 tahun.Faktor pemakanan dan rutin harian mendorong pekerja mengalami masalah obesiti. -Gambar hiasan AI"Kita perlu sedar bahawa memasuki fasa usia sebelum persaraan ialah tempoh produktif tetapi pada masa sama merupakan waktu kritikal bagi risiko penyakit tidak berjangkit (NCD)," katanya.Khairul menjelaskan perkara itu ketika merasmikan program Perkeso Run and Ride 2026 di Dataran Wawasan pada Ahad sempena sambutan Hari Pekerja 2026.Tambahnya, data Kementerian Kesihatan Malaysia turut mendedahkan hanya 14.7 peratus warga emas di negara ini mencapai tahap penuaan sejahtera.Dalam pada itu, Khairul turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes kanser yang kini semakin kerap berlaku dalam kalangan golongan muda walaupun penyakit tersebut kekal sebagai punca kematian ketiga tertinggi di Malaysia.Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat supaya lebih peka terhadap bahaya penyakit tidak berjangkit dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan seimbang.ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh tetap letih, mengantuk walau dah 'qada' tidur? Jom sertai program ini, elak tragedi ngeri semasa memandu"Saya bangga dengan momentum positif yang dipamerkan melalui kadar penyertaan program, apabila individu berusia 40 hingga 50-an mewakili hampir 30 peratus daripada keseluruhan peserta."Ini perkembangan amat baik dan saya harap semua pekerja tanpa mengira peringkat umur akan terus membudayakan corak hidup sihat."Ini kerana aspek kesihatan pekerja menjadi penentu produktiviti serta mempengaruhi kelangsungan sosioekonomi," ujarnya.Untuk rekod, program Perkeso Run and Ride 2026 yang memasuki edisi kesembilan tahun ini merekodkan penyertaan terbesar apabila disertai 12,000 peserta.Penganjuran kali ini turut tampil dengan sedikit kelainan apabila kategori larian diperluaskan kepada jarak tiga kilometer (km), 6 km dan 12km selain mengekalkan acara kayuhan santai sejauh 35km.