suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bos, saya dah off lepas waktu kerja” - Tindakan berani wanita ini ‘sidai’ mesej majikan pukul 11 malam bawa hasil

Segelintir individu mengalami tekanan kerana perlu menyiapkan tugasan kerja di rumah. -Gambar hiasan AI

RAMAI pernah berdepan situasi dihubungi majikan masing-masing selepas waktu kerja sehingga mengganggu ruang rehat dan kehidupan peribadi. 

Namun dalam dunia pekerjaan masa kini, ramai mula sedar tentang kepentingan menetapkan batas supaya urusan kerja tidak ‘menceroboh’ masa peribadi.

Seorang wanita berkongsi di Threads bagaimana dia mengajar majikannya mengenai kepentingan menghormati waktu peribadi tanpa menggunakan kata-kata kasar atau sindiran.

Menurut wanita itu, majikannya pernah menghantar mesej pada pukul 11 malam meminta dia menyediakan slaid pembentangan untuk mesyuarat penting keesokan hari.

Namun dia memilih untuk tidak membalas mesej tersebut dan meneruskan tidur kerana menganggap waktu kerjanya sudah tamat.

Esoknya sejurus tiba di pejabat, wanita itu berkata dia hanya memberikan jawapan ringkas apabila majikannya bertanyakan tentang slaid pembentangan berkenaan.

Tekanan kerja berlebihan boleh menjadi punca gangguan kesihatan mental. -Gambar hiasan AI

“Maaf bos, saya dah off lepas waktu kerja. Tak perasan mesej,” ujar wanita itu kepada majikannya.

Katanya, sejak kejadian itu, majikannya tidak lagi menghantar mesej berkaitan kerja selepas pukul 6 petang.

Wanita tersebut turut menegaskan tindakan menetapkan batas bukanlah bermakna kurang ajar, sebaliknya satu sikap profesional dalam menjaga keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai warga maya yang bersetuju bahawa pekerja juga berhak menikmati waktu rehat tanpa gangguan urusan kerja.

“Saya selalu pesan pada rakan. Jangan laju balas kalau bos hantar mesej lepas waktu kerja. Kalau urgent je baru layan.

“Lepas kerja, saya tak layan. Kalau bos WhatsApp Jumaat malam, saya hanya akan balas pada Isnin selepas masuk kerja.

“Baguslah beri pengajaran kepada bos kamu,” tulis beberapa netizen.

Artikel Lain