RAMAI yang beranggapan rasa mengantuk dan keletihan melampau berpunca daripada tubuh yang tidak mendapat tidur berkualiti.Situasi yang dianggap remeh ini menyebabkan ada individu mengambil jalan mudah dengan menggantikan waktu tidur mereka. Namun realitinya, tubuh mungkin sedang memberi 'signal' tentang masalah kesihatan serius tanpa disedari.Apa yang membimbangkan, keadaan ini berlaku kepada pemandu jentera berat seperti bas dan treler yang perlu mengejar trip demi memenuhi tuntutan kerja.Tambahan pula, perjalanan jarak jauh boleh menyebabkan seseorang hilang fokus sehingga akhirnya bertukar menjadi ‘pembunuh senyap’ di jalan raya.Saringan awal dapat memastikan tahap kesihatan seseorang.Malah, berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), keletihan dan mengantuk dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama kemalangan melibatkan kenderaan berat.Justeru, faktor kesihatan memainkan peranan besar dalam menentukan tahap kecergasan seseorang pemandu.Dalam usaha menangani isu ini, pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuklah Program Saringan Kesihatan (HSP) yang dibawakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak 2013.Melalui program ini, individu berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan lebih awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung serta gangguan tidur yang boleh menjejaskan keupayaan memandu dengan selamat.Pendekatan saringan awal ini penting kerana ramai yang tidak menyedari mereka berdepan masalah kesihatan serius terutamanya mudah rasa penat, pening, mengantuk atau hilang fokus ketika memandu.Pemandu yang aktif mencarum dan berusia 40 hingga 59 tahun layak mengikuti HSP.Kelewatan mendapatkan rawatan bukan sahaja meningkatkan risiko kemalangan yang mengancam nyawa pengguna jalan raya lain, tetapi turut menjejaskan sumber pendapatan keluarga.Tambahan pula, kemalangan melibatkan kenderaan berat lazimnya memberi impak lebih serius terutama apabila melibatkan kenderaan lebih kecil.Justeru, jangan lepaskan peluang melakukan saringan kesihatan melalui HSP jika anda berumur antara 40 hingga 59 tahun dan merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan iaitu mempunyai sekurang-kurang satu caruman terkini dalam tahun semasa.Anda yang layak boleh membuat semakan dan tempahan di platform Sehati Perkeso sekarang.