suria

Penerima bantuan kufur nikmat, anggap beras 5kg tak cukup untuk keluarga - “Fizikal sempurna tapi tak kerja”

Penerima bantuan sepatutnya bersyukur dengan segala sumbangan yang diterima. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda meraih perhatian ramai selepas lantang membuat kenyataan mendakwa kebanyakan orang miskin sebagai golongan tidak beradab.

Dalam hantaran di Threads, dia menjelaskan kenyataan itu dibuat berdasarkan pengalamannya ketika menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

"Kebanyakan orang miskin ni memang mentaliti out dan adab pun out. Ada satu pengalaman bagi sumbangan makanan asas seperti gula, telur dan beras lima kilogram.

Bantuan berbentuk makanan boleh meringankan beban penerima bantuan. -Gambar hiasan AI

"Dipendedekkan cerita, masa agihkan satu famili ni, terdengar dia tanya satu (kampit) je beras? Dia kata tak cukup.

"Lepas tu dia tanya, biskut kering, Milo atau teh tak ada ke?" tulisnya memulakan perkongsian.

Menurut pemuda itu, dia juga terkejut mendengar jawapan penerima bantuan berkenaan selepas ditanya mengenai status pekerjaannya.

  • Pemuda kongsi pengalaman agih bantuan kepada golongan miskin.
  • Dia mendakwa seorang penerima bantuan guna alasan gastrik untuk tidak bekerja.
  • Penerima bantuan itu juga menganggap bantuan yang diterima tidak mencukupi.
  • Pemuda itu akui menyirap mendengar jawapan penerima bantuan berkenaan.

"Lepas tu kawan saya tanya, abang tak kerja ke? Dia kata tak kerja sebab ada gastrik. Dia tolong-tolong orang kampung je kalau ada kerja.

"Kami pun cepat-cepat agih kepada keluarga seterusnya. Kami menyirap dengar abang tu bercakap. Kaki tangan, fizikal sempurna tapi tak kerja.

"Macam mana si bini boleh hidup dengan lima anak? Bab kerja tiada kudrat, 'kerjakan' bini banyak pula kudrat kau," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sara gadis miskin dari diploma sampai ijazah, habis belajar terus ditinggalkan! Pemuda tak dendam, anggap rezeki bekas kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak miskin!” - Pengetua pencen buat drama dekat tapak ‘food truck’, tengking wanita pandai-pandai bayarkan makanan

Hantaran berkenaan turut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan sikap penerima bantuan itu.

"Memang ada jenis macam ni. Dah bagi sumbangan pun dah mengeluh. Jenis yang meminta-minta dan tak malu.

"Tak boleh kerja sebab gastrik, waktu buat anak tak gastrik pula?

"Tak semua orang miskin begitu. Ada juga yang jaga adab. Saya membesar dalam keluarga miskin, mak selalu ajar adab," tulis netizen.

Artikel Lain