SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila usaha kerasnya menurunkan berat badan sejak awal Ramadan bagaikan tidak dihargai oleh teman lelakinya.Menurutnya, sebelum ini berat badannya mencecah 60 kilogram (kg) dengan ketinggian 153 sentimeter. Namun selepas memulakan diet pada 1 Ramadan lalu, beratnya kini turun kepada 53 kilogram hasil disiplin pemakanan dan rutin senaman konsisten."Berat saya dah turun tujuh kilogram, tapi dia masih cakap saya gemuk. Saya tak ambil karbohidrat, air manis pun langsung tak minum.Bersenam dapat menurunkan berat badan. -Gambar hiasan AI"Saya makan buah, sayur dan ayam bakar sahaja. Setiap hari bersenam. Lepas tarawih terus angkat kettlebell,” katanya.Namun, kejadian dia membeli teh ais untuk berbuka puasa benar-benar membuatkan hatinya terguris.“Saya beli teh ais untuk berbuka sebab hampir pitam sejak awal puasa tak ambil nasi atau karbohidrat. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mustahil nak kurus... Ibu anak lima kongsi petua dapatkan tubuh langsing selepas bersalin, siap masih menyusu si bongsuARTIKEL BERKAITAN: Gembira kurus lepas ambil suntikan... Pakar ingatkan tentang risiko kesihatan, bahaya jika berat turun terlalu cepat"Bila saya beritahu beli teh ais, dia terus cakap, bila nak kurus kalau asyik minum air manis. Tak tahu kenapa, tapi memang terasa sangat,” katanya.Kata-kata tersebut membuatkan dia terfikir menamatkan hubungan mereka kerana merasakan dirinya tidak dihargai walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh.“Rasa macam nak putus saja. Pergilah bercinta dengan tiang," katanya.Wanita kecewa usaha turunkan 7kg sejak Ramadan tidak dihargai teman lelaki.Diet tanpa karbo dan senaman tiap hari tetap ditegur kerana minum teh ais.Kata-kata teman lelaki buat dia terfikir nak putus hubungan.Hubungan lebih rumit kerana mereka kerja di syarikat sama.Netizen nasihatkan hargai diri dan fikir semula hubungan.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, wanita berkenaan mengakui keadaan menjadi lebih rumit kerana mereka bekerja di syarikat yang sama dan hubungan tersebut sudah diketahui ramai.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menasihatkan wanita berkenaan lebih menghargai diri sendiri dan memutuskan sahaja hubungan dengan lelaki itu."Maaf cakap, belum kahwin dia dah kurang ajar. BMI awak tu normal, jadahnya gemuk. Elok putus jer."Baru jadi teman lelaki dah macam tu, kahwin nanti agak-agak dia akan berubah tak? Fikir baik-baik," komen netizen.