BAGI wanita terutamanya golongan ibu, memiliki badan langsing selepas bersalin bukan perkara mudah.Namun seorang ibu berusia 38 tahun dengan lima anak membuktikan ia masih boleh dicapai dengan pendekatan yang betul. Walaupun masih menyusukan anak bongsu berumur setahun lima bulan, berat badannya kini 47 kilogram (kg), hasil fokus kepada kesihatan dan gaya hidup sihat berterusan."Paling penting mindset (penetapan minda) kena ubah dulu. Lepas lima anak, badan tak akan sama macam dulu."Fokus bukan nak kurus cepat tapi nak sihat dan cergas untuk jaga anak. Apabila mindset sihat, kemampanan itu akan menjadi nyata," kongsinya.Selain itu, pengurusan pemakanan juga memainkan peranan besar dan wanita tersebut mengamalkan konsep suku-suku-separuh, menggunakan pinggan kecil.Tidur awal dan mencukupi dapat mengelak masalah makan di lewat malam. -Gambar hiasan AI"Makan suku-suku separuh. Trik mudah guna pinggan kecil supaya makanan nampak lebih banyak. "Selepas makan ambil omega 3. Ia bantu kawal selera makan dan menyokong metabolisme lemak," jelasnya.Bagi menggantikan sesetengah makanan, dia juga mengamalkan meal replacement yang rendah Gl.Ia membantu rasa kenyang lebih lama, mengandungi leucine untuk mempercepat pembakaran lemak dan protein berkualiti tinggi untuk membaiki tisu otot selepas bersalin."Kawal gula dan elak minuman manis. Ni paling penting. Air manis terutamanya susu pekat banyak mengandungi kalori tambahan yang tersembunyi."Cara mudah, minum air kosong dan teh tanpa gula. Tolong la bawa botol minuman setiap masa," katanya.Wanita itu turut menyarankan bahawa aktiviti fizikal juga perlu menjadi antara rutin penting."Jalan laju 20 hingga 30 minit atau angkat bayi sambil melakukan squat ringan untuk kekal aktif."Stretching pada waktu pagi dan petang turut membantu mempercepat pembakaran lemak," katanya.Selain itu, katanya, tidur dan pemulihan badan juga pentingnya kerana kurang tidur boleh meningkatkan selera makan.