suria

Alami gangguan sejak sekolah, gadis dakwa kerap mimpi bersetubuh sampai bersalin - “Ada kaitan dengan gangguan jin”

Kebanyakan kita menganggap mimpi sebagai mainan tidur sahaja. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis berusia 20-an tular di aplikasi Threads selepas berkongsi kisahnya yang kerap mengalami mimpi bersetubuh.

Menurut gadis itu, hidupnya bagaikan tidak normal apabila dia mengalami gangguan mimpi aneh secara berterusan sejak zaman sekolah lagi.

"Saya selalu mimpi melakukan hubungan seks dengan lelaki tak dikenali dan kadang-kadang mereka hadir dalam bentuk bukan manusia.

"Tak boleh nak jelaskan. Adakan ini semua mainan tidur atau gangguan? Mimpi itu seakan benar. Boleh rasa apa yang jadi. Saya jadi overthinking.

Gangguan mimpi aneh yang kerap boleh menyebabkan kehidupan terganggu. -Gambar hiasan AI

"Saya suka buat benda yang jin suka. Menyendiri dalam gelap, nangis malam-malam. Saya rasa tak normal," kongsinya.

Menurut gadis itu lagi, dia juga pernah bermimpi melahirkan bayi.

"Saya pernah mimpi beranak anak perempuan. Dalam mimpi tu, saya letakkan dia dalam buaian, dalam satu ruang macam runtuhan rumah dalam hutan yang ada kesan terbakar.

  • Gadis dakwa sering mimpi bersetubuh sejak zaman sekolah.
  • Dia juga pernah bermimpi melahirkan anak perempuan.
  • Anak yang sudah membesar itu kerap hadir dalam mimpinya.
  • Netizen minta gadis itu cari ustaz atau perawat untuk atasi gangguan berkenaan.

"Saya selalu mimpi budak tu, dia membesar. Saya suap, mandikan dan jaga dia. Budak tu lawa macam bayi Turkiye. 

"Bila saya nak dekat bangun tidur, dia berubah jadi seram dan hangus sampai saya campak dia dan tersedar," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen membuat andaian yang gadis itu sememangnya berdepan masalah gangguan jin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering mimpi aksi suami dengan bekas isteri di ranjang... Wanita hidup tak tenang, hilang rasa untuk 'bersama'

ARTIKEL BERKAITAN: “Mama buat dekat papa semalam!” - Guru tadika terkedu murid 4 tahun tunjuk aksi intim depan kawan, rahsia terbongkar lepas disoal siasat

Malah, mereka turut memberi saranan kepadanya agar mencari ustaz atau perawat tradisional bagi menghentikan gangguan berkenaan.

"Kalau macam ni memang ada kaitan dengan gangguan jin. Jangan biar lama-lama, nanti susah nak buang.

"Ada makhluk tanpa jasad jatuh cinta dengan awak. Kena kuatkan pendinding diri. Hari-hari kena mengaji dan berzikir supaya ia pergi jauh.

"Ini gangguan. Sama macam kisah saya. Sekarang saya pun tengah berubat. Saya dari kecil hijab terbuka.

Artikel Lain