KEHIDUPAN berpologami tidak seindah dibayangkan dan disebabkan itu juga Islam menggariskan pelbagai syarat sebelum membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu.Bagi seorang wanita ini, kehidupan sebagai isteri kedua tidak semudah diharapkan walaupun pada awalnya dia yakin sudah bersedia dari segi mental dan emosi. Enam tahun melayari rumah tangga poligami, wanita ini menasihatkan agar perempuan di luar sana yang terfikir untuk bermadu agar berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan."Sebagai bekas isteri kedua selama enam tahun, saya nasihatkan para wanita janganlah cuba-cuba masuk ke 'alam' ini kalau tak cukup kuat.Suami perlu bersifat adil terhadap para isteri. -Gambar hiasan"Jangan rasa yakin yang kita boleh hadap semuanya,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.Katanya lagi, sebelum mendirikan rumah tangga, dia yakin tidak akan berasa cemburu atau sedih kerana sudah mengetahui suaminya mempunyai isteri pertama.“Tapi bila dah kahwin, duduk serumah, dah mula sayang sebagai seorang isteri, kita mula jadi tamak.“Fitrah seorang isteri, kita nak bersama suami 24 jam. Dari situ mula datang segala perasaan negatif,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita simpan dendam dengan bapa, kecewa jadi mangsa nafsu poligami! Hanya tahu ‘buat’ anak, abai nafkah keluargaARTIKEL BERKAITAN: Bapa beri kejutan ketika sambutan ‘birthday’ mak, buat pengakuan nak poligami! Jatuh cinta janda TikTok mengaku pegawai bankMenurut wanita ini, layanan istimewa yang sering diberikan sebelum berkahwin kebiasaannya hanya bertahan sementara.“Percayalah, layanan istimewa itu selalunya masa belum kahwin saja. Dua tiga bulan pertama mungkin masih terasa manis."Tapi bila suami dah mula selesa, perasaan bersalah terhadap isteri pertama dan anak-anak akan timbul.“Terutamanya kalau isteri pertama seorang yang baik dan tak banyak merungut, suami akan rasa lebih bersalah dan cuba beri lebih perhatian kepada mereka,” katanya.Wanita kongsi pengalaman enam tahun sebagai isteri kedua.Akui cemburu dan sakit hati mula timbul selepas berkahwin.Layanan istimewa suami hanya bertahan di awal perkahwinan.Konflik giliran buat kedua-dua isteri sama-sama terluka.Kini lebih bahagia selepas bercerai dan pilih kehidupan tenang.Ringkasan ini dijana oleh AISituasi itu, jelasnya, menjadi ujian paling besar buat isteri kedua apabila mula timbul persoalan tentang kasih sayang suami.“Masa tu mula timbul soalan dalam hati, kenapa dia tak lebihkan aku? Bukankah sebab dia lebih sayang aku, dia kahwin dengan aku? Hakikatnya menyakitkan, tapi dia sayang kedua-duanya,” katanya.Tambahnya, konflik sering tercetus apabila jadual giliran bermula.“Bila suami balik rumah isteri pertama, isteri kedua mula meroyan. Bila suami balik rumah isteri kedua pula, dari sana telefon kata anak demam, sakit dan macam-macam.Suami tidak boleh lepas tanggungjawab membesarkan anak-anak kepada isteri. -Gambar hiasan AI“Akhirnya yang kedua makan hati, yang pertama pula luka tak terubat. Tidak ada siapa yang benar-benar menang. Dua-dua pihak sama-sama sakit,” katanya.Atas pengalaman tersebut, wanita berkenaan menyifatkan kehidupan berpoligami tidak berbaloi sekiranya tidak mampu mengawal emosi.“Bagi saya, ia tak berbaloi dengan segala sakit hati dan drama. Saya pilih ketenangan daripada kekacauan. "Alhamdulillah, sekarang saya lebih bahagia dengan suami saya yang sekarang,” katanya telah bercerai dua tahun lalu dengan suami terdahulu.