PERKAHWINAN tanpa membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak boleh mengundang pelbagai masalah hanya disebabkan wujud perasaan tidak puas hati akibat tidak dijemput.Tidak hanya itu, banyak prasangka buruk boleh tercetus sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan. Sama seperti nasib wanita ini, keluarga mentua tidak menerima kehadirannya disebabkan perkahwinan dengan suami dilakukan tanpa kehadiran mereka.Menurut wanita itu, dia dan suami masing-masing anak yatim piatu dan hanya melangsungkan akad nikah ringkas berwalikan adik lelakinya tanpa sebarang kenduri besar.Pasangan boleh berkahwin secara sah di sisi syarak sekiranya cukup rukun dan syarat nikah. -Gambar hiasan AINamun, hubungan dengan keluarga sebelah suami dingin walaupun wanita ini langsung tidak berniat merosakkan hubungan dengan mereka."Penerimaan keluarga suami macam tak sukakan saya. Mereka nak tengok sijil nikah tapi suami tak benarkan."Masa dia (suami) terumbang-ambing berpisah dengan isteri pertama dulu, familinya langsung tiada di sisi. "Sekarang mereka persoalkan pula keturunan saya dan sebagainya," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa senyap-senyap ke kampung bakal menantu, siasat latar belakang... Lepas dapat jawapan terus batal majlis nikah anak gadisARTIKEL BERKAITAN: Suami cari jalan ‘keluar’, tak sanggup tunggu lebih lama lepas 3 tahun belum dapat zuriat... Terus hantar ‘proposal’ kahwin lain!Apa membuatkan hatinya lebih tergores, wujud dakwaan dia punca suaminya menjauhkan diri daripada adik-beradik."Sekarang famili suami macam pulaukan dia. Saya kasihan tengok dia sebab keluarga suami ada cakap yang dia nak buang adik-beradik sebab orang luar."Saya sebagai isteri buntu sebab tiada ada niat nak buat mereka sekeluarga jadi macam itu sekali," jelasnya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkan agar pasangan itu memberi fokus kepada rumah tangga sendiri.Pasangan anak yatim piatu bernikah ringkas tanpa majlis besar.Keluarga mentua didakwa kurang menerima dan mahu lihat sijil nikah.Suami enggan tunjuk sijil, isu lama perceraian kembali dipersoal.Wanita kecil hati apabila keturunan dipertikaikan.Dia nafi jadi punca suami renggang dengan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Lumrah hidup. Ada yang suka dan ada juga tak suka. Kalau suami ambil hati dengan tolong bayar bil, beli beras dan lauk pauk bulanan, okeylah."Kena tahu punca jadi macam tu. Kenapa dia bercerai, takut nanti anda jadi mangsa. Bukan nak hasut tapi langkah itu untuk awak berjaga-jaga juga."Nikah tu boleh je yang penting tengok betul-betul pasangan hidup nanti. Takut menyesal tak sudah, naya anak-anak," komen beberapa netizen.Kepentingan pasanganb memiliki sijil nikahDari sudut agama Islam, sijil nikah bukan penentu sah atau tidak sesuatu perkahwinan sebagaimana dijelaskan pihak berautoriti termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Sijil nikah berfungsi sebagai dokumen rasmi pendaftaran perkahwinan di bawah undang-undang negeri bagi tujuan rekod, perlindungan hak suami isteri serta urusan mahkamah syariah.Ketiadaan atau keengganan menunjukkan sijil tidak membatalkan akad yang sah di sisi syarak, namun pendaftaran tetap penting bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan masalah perundangan pada masa hadapan.