SEORANG wanita berkongsi pengalaman rakannya terpaksa membayar ganti rugi selepas tidak sengaja menumpahkan air manis di dalam kereta e-hailing.Mengakui kesalahannya, dia bagaimana pun mempersoalkan sama ada jumlah ganti rugi itu wajar atau sebaliknya memandangkan air hanya tumpah di bahagian karpet, bukan di tempat duduk. Katanya, jumlah ganti rugi diminta pemilik kereta bukannya sedikit sebaliknya mencecah RM500.Pemandu e-hailing sering berdepan pelbagai masalah yang dibawa penumpang. -Gambar hiasan AI"Wajar ke ganti rugi sampai banyak macam ni? Saya tak salahkan sesiapa sebab ini kesilapan dari pihak kami juga," katanya.Pertanyaan wnita itu mendapat maklum balas daripada beberapa pemandu e-hailing.Seorang pemandu memberikan beberapa alasan dan sebab mengapa ganti rugi sedemikian dikenakan terhadap penumpang."Ganti rugi itu ambil kira beberapa perkara. Antaranya kos kehilangan pendapatan sebab kereta tak boleh digunakan sekitar RM200.ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing halau seorang penumpang, tak izin naik berempat... Takut kereta Alza rosak - “Walhal tempah untuk four seater”ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menyesal bida harga tambang murah, tersentak dengar kisah hidup pemandu e-hailing - “Acik cari duit kemoterapi anak”"Kos cuci karpet dan interior secara mendalam sekitar RM200, selain kos minyak, jarak perjalanan dan kesan penggunaan, serta kos ketidakselesaan sepanjang proses pembersihan dalam RM100," kataya.Selain itu, seorang lagi pemandu e-hailing berkata jumlah kos juga bergantung kepada budi bicara pemandu sebagai pemilik kenderaan."Saya pernah caj RM300 tapi atas budi bicara saya minta RM250. Karpet bawah kereta kena dicuci betul-betul, kalau tak bau kepam dan ambil masa satu hingga dua hari untuk kering. Rakan wanita bayar RM500 ganti rugi air tumpah dalam kereta e-hailing.Wanita persoal wajar atau tidak kerana air cuma tumpah di karpet.Pemandu jelaskan ganti rugi termasuk kos cuci dan kehilangan pendapatan.Jumlah juga ikut budi bicara pemandu.Syarikat benarkan tuntutan dengan bukti dan semakan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kos cuci di kedai boleh sampai ratusan ringgit. Tambahan lagi, saya hilang pendapatan harian sepanjang tempoh itu,” tambah pemandu tersebut.Sementara itu, semakan di beberapa pengendali e-hailing mendapati, syarikat membenarkan tuntutan ganti rugi oleh pemandu sekiranya berlaku kerosakan atau pencemaran semasa perkhidmatan.Pemandu boleh membuat tuntutan melalui sistem syarikat dengan bukti seperti gambar atau laporan pembersihan, dan syarikat akan semak sebelum meluluskan tuntutan tersebut.