Setiap individu perlu lebih bertoleransi dengan jemaah lain ketika berada di dalam masjid. -Gambar hiasan AI (kanan)
SUASANA solat tarawih di sebuah masjid bertukar menjadi sedikit tegang apabila seorang kanak-kanak secara spontan menegur wanita berusia kerana enggan berganjak bagi merapatkan saf.Menurut perkongsian seorang jemaah yang berada di tempat kejadian, situasi berlaku ketika para jemaah sedang menyusun saf sebelum solat dimulakan. Katanya, wanita berkenaan enggan bergerak dari tempat dia berdiri, sebaliknya memanggil jemaah lain supaya memenuhkan ruang kosong."Masa solat tarawih ada makcik tu dia tak nak bergerak dari tempat yang dia duduk. Beberapa kali dia panggil orang lain suruh masuk saf sebelah untuk penuhkan.Ramai jemaah yang memilih solat di masjid untuk mengejar ganjaran pahala berganda. -Gambar hiasan"Kemudian ada budak kecil cakap... makcik ni kenapa pemalas sangat nak bergerak? Kaki makcik patah ke kalau jalan rapatkan saf. Orang tua lain yang kena jalan... teruk betul. Kan mama?" imbasnya tentang insiden pada malam berkenaan.Tanpa mendedahkan lokasi masjid yang dikunjungi, wanita itu berkata dia sempat melihat reaksi makcik yang dimaksudkan selepas ditegur sedemikian rupa."Merah muka makcik tu, mungkin tahan marah. Tapi maaf makcik, saya pun tergelak."Setepek kena dengan budak kecil. Mak budak tu terus tarik adik tu pergi saf lain," tulisnya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jeling mangsa kemalangan solat duduk atas kerusi di surau - “Dah sakit kenapa tak sembahyang dekat rumah!”ARTIKEL BERKAITAN: “Muda lagi dah solat guna kerusi” - Wanita tahan amarah disindir makcik dalam surau, nak sembahyang tapi tak jaga lidah!Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata berpendapat isu merapatkan saf sering menjadi punca rasa kurang senang dalam kalangan jemaah wanita."Sebab tu ramai anak muda tak nak pergi masjid, macam aku lah. Orang sambung saf dari tengah, dia pergi sambung dari kanan."Bagus adik tu, tak ada yang lantang bersuara kan? Biarlah budak kecil tu jadi asbab. Kalau acik tu tahu malu, lain kali acik tu lah yang kena bergerak, ni mengharapkan orang lain je Budak kecil tegur makcik tak mahu bergerak rapatkan saf ketika tarawih.Makcik didakwa hanya suruh orang lain penuhkan saf tanpa berganjak.Teguran spontan itu buat mak cik 'muka merah' tahan marah.Ibu budak terus tarik anaknya ke saf lain elak situasi tegang.Netizen bahas isu adab dan toleransi sesama jemaah di masjid.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bukan waktu Ramadan je tau, luar bulan Ramadan pun selalu jadi sebab aku menghadapinya," komen beberapa netizen.Dalam pada itu, jemaah yang berkongsi cerita berkenaan turut mendakwa wanita tersebut dikatakan 'merajuk' lalu mengambil tindakan selepas kejadian itu."Makcik tu siap merajuk lagi, lepas tu dia mengadu dekat siak masjid. Kita orang yang muda-muda ni pula kena dengar bulat-bulat cakap dia. "Dia minta dihormati tapi dalam masa yang sama dia yang minta kena tegur," ujarnya lagi.