suria

“Laki aku ni bebal!” - Wanita bodohkan suami sendiri, marah tak bersuara isu tema baju raya... Meluat mentua campur tangan

Seorang mentua perlu menghormati dan menjaga perasaan menantu. -Gambar hiasan AI

MENJELANG ketibaan Aidilfitri yang bakal disambut pada Mac ini, pelbagai persiapan mula dilakukan termasuk membeli pakaian baharu mengikut tema dan warna pilihan keluarga.

Namun seorang wanita mula tak senang duduk tatkala memikirkan ibu mentuanya sering campur tangan dalam menentukan warna pakaian yang perlu dipakai setiap tahun.

"Meluat dengan mentua aku ni. Setiap kali raya dia nak tentukan warna tema apa yang kami sekeluarga perlu pakai. Kalau boleh nak kena sama dengan dia.

Isu melibatkan pembelian baju raya sering menjadi topik setiap tahun. -Gambar hiasan

"Masa saya tengah makan, dia sibuk tunjuk baju raya dia sampai depan muka supaya saya tak salah beli warna. Malah dia belikan suami aku baju raya sama warna dengan dia.

"Dengan harapan aku akan ikut la warna pilihan dia. Entah, kadang aku serabut la semua benda kena ikut telunjuk dia," ujarnya di Threads.

Bagaimanapun wanita itu mendedahkan dia sudah mempunyai rancangan tersendiri berhubung pemilihan warna baju raya yang bakal dikenakan nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara jualan gila raya, kecoh ‘rusuhan’ di butik sehingga kasut melayang... “Ibu hamil terpaksa diselamatkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akur baju raya mahal ada ‘demand’, ramai sanggup berhabis rai Aidilfitri

"Tahun ni memang aku nak buat kejutan pakai baju warna lain. Mampus muka kau la... asyik nak tentukan hidup orang.

"Laki aku ni kadang bebal juga tak reti nak bersuara langsung," rungut wanita itu lagi.

Luahannya itu mengundang rasa kurang senang warga maya teruatama dalam soal penggunaan bahasa kesat.

"Kasarnya sampai kata 'mampus', 'semak' dekat mentua. Itu kan mak suami awak. Apa salahnya mengalah setahun sekali saja. Kalau saya lagi la suka, tak perlu pening fikir nak pakai warna apa.

  • Wanita rimas ibu mentua kerap tentukan warna baju raya setiap tahun.
  • Ibu mentua siap tunjuk baju sendiri supaya menantu ikut warna sama.
  • Suami turut dibelikan baju raya warna sedondon dengan ibunya.
  • Wanita rancang pakai warna lain sebagai 'surprise' Aidilfitri.
  • Netizen beri reaksi bercampur, ada kecam dan ada nasihat berhemah.

"Toksiknya kau sebagai menantu dan isteri. Kau buka aib suami kata dia bodoh (bebal). Suami kau ada tak jaja dekat orang pasal kau atau keluarga kau? Benda kecil pun nak gaduh," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang cuba melihat situasi tersebut dari sudut berbeza dan menasihatkan kedua-dua pihak agar lebih berhemah.

"Sebagai mentua, janganlah sibuk nak tentukan baju raya orang. Anak tu dah ada keluarga sendiri. 

"Sebagai menantu pula, janganlah mencarut macam tu walaupun sorok identiti. Cakap saja terus terang secara berhemah yang awak nak warna lain," komen seorang netizen lagi.

Artikel Lain