SEORANG lelaki berdepan situasi tegang apabila tindakannya menggunakan kerusi ketika menunaikan solat sunat tarawih di sebuah surau dipertikaikan.Tindakannya menggunakan kerusi bukan suka-suka sebaliknya disebabkan sukar bergerak akibat kemalangan jalan raya sebelum itu. Rakan mangsa menerusi perkongsian di media sosial berkata, pertikaian berlaku apabila seorang jemaah wanita meminta kerusi tersebut untuk digunakan anaknya yang sedang meragam ketika itu.Bagaimanapun permintaan itu ditolak dengan baik kerana dia lebih memerlukan selain mendakwa ia dibawa sendiri dari rumah."Massa itu kerusi surau sediakan sudah habis digunakan. Ada seorang akak ini datang dekat kami berdua bawa anaknya. Anak dia meragam nak duduk dekat kerusi.Umat Islam berebut mencari pahala dengan solat tarawih di surau atau masjid sempena Ramadan. -Gambar hiasan"Dia pun melilau cari kerusi dan nampak kami, dia cakap... dik boleh kasi akak kerusi ni tak? Tapi secara sopan la. Kami pun secara sopan tolak permintaan itu."Sorry kak, saya (kawan pengadu) baru lepas kemalangan memang kena solat pakai kerusi," ujarnya dalam hantaran di Threads.Selepas mendengar penjelasan itu, wanita berkenaan terus mempersoalkan tindakan lelaki tersebut hadir ke surau memandangkan dia sedang sakit."Kakak tu tanya... kenapa tak solat dekat rumah je kalau sudah tahu accident? Masa ni tone suara dia sudah lain. Kami berdua jadi terkedu."Sudah la kerusi ni kawan saya punya. Dia siap cakap bawa kerusi ni dari rumah. Akak tu jeling dan tarik anak dia dan beredar.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kecewa, mengeluh tak dapat tarawih berjemaah di masjid gara-gara tiada parkir - “Belum rezeki jadi tetamu Allah”ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa tengok budak 4 tahun nak ikut imam solat, jemaah surau suruh keluar saf - “Pergi main kat belakang sana”"Dia ada mengomel sesuatu fasal budak muda sekarang gedik, manja dan sebagainya," ceritanya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan wanita berkenaan sebagai tiada empati dan sepatutnya lebih memahami keadaan jemaah lain."Aku tak faham asal ada ibu bapa yang masih berfikiran macam ni. Maksud saya, awak bukan watak utama tau sampai orang nak kena dahulukan awak."Tak ada empati betul akak tu. Patut dia bawa je la kerusi sendiri. Paling tidak pun, solat dekat rumah je."Patut akak tu yang kena solat dekat rumah. Senang nak kawal sikit anak tu. Akak tu boleh 'kawal' mulut tu sekali kalau solat dekat rumah," komen beberapa netizen.Lelaki dipersoalkan guna kerusi ketika solat tarawih selepas kemalangan.Wanita minta kerusi, namun ditolak kerana dia perlu solat duduk.Dia kemudian disoal kenapa tidak solat di rumah.Kerusi digunakan sebenarnya milik sendiri.Netizen anggap wanita itu kurang empati.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita lebih afdal solat di rumah berbanding masjidPenceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum wanita menunaikan solat di masjid atau surau bergantung kepada tujuan kehadiran mereka.Menurutnya, sekiranya seseorang wanita hadir ke masjid hanya untuk menunaikan solat, maka lebih afdal dilakukan di rumah manakala hukumnya harus jika memilih untuk bersolat di masjid.Bagaimanapun, Azhar berkata, keadaan berbeza sekiranya wanita tersebut hadir ke masjid untuk menuntut ilmu agama."Kalau ada orang mengajar agama di masjid dan suami tidak mengajarkan perkara yang sama di rumah, maka wajib baginya datang ke masjid untuk belajar. Jika tidak hadir, berdosa," jelasnya.Dalam masa sama, Azhar turut menegaskan pandangan yang menyatakan wanita tidak wajib menunaikan solat lima waktu di masjid, malah ia lebih afdal jika memilih untuk solat di rumah.