SEORANG wanita meluahkan hasrat mahu mengenali lelaki yang masih teruna atau virgin dan tidak pernah terlibat dalam perkara maksiat.Bagaimanapun menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu mengakui dia semakin trauma untuk berkenalan kerana kebanyakan lelaki yang ditemuinya secara jujur mengakui mempunyai sejarah silam. Baginya yang masih teguh menjaga kesucian diri, adalah tidak adil untuk menjadikan lelaki yang sudah tiada teruna sebagai suami."Mana nak cari lelaki virgin ye? Kebelakangan ni asyik kenal lelaki yang jujur pernah 'buat' dengan bekas pasangan dia. Sebagai seseorang yang masih dara, sangat tak adil."Kita jaga diri baik-baik kemudian lelaki yang tak ada teruna nak jadikan kita sebagai isteri dia. Saya jadi trauma nak kenal lelaki baharu.Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti maksiat atau zina. -Gambar hiasan AI"Macam mana kalau bekas pasangan dia tak reda dengan apa dah berlaku dan doakan yang bukan-bukan dekat dia," keluhnya di Threads.Dalam masa sama wanita ini turut mempertikaikan sikap sesetengah pasangan bercinta yang menormalisasikan perlakuan zina dalam perhubungan.Difahamkan, wanita itu kini sedang menjalani Projek Tahun Akhir (FYP) di sebuah universiti dan dijangka menamatkan pengajian pada tahun ini.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memberikan pandangan berbeza mengenai soal masa lalu dan pilihan pasangan.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki di persimpangan dilema... Hati terpikat janda pandai ambil berat, mula rasa tunang sendiri tak matang - “Dia suka cari pasal”ARTIKEL BERKAITAN: Tiduri 18 lelaki masa bujang, wanita syukur dapat suami baik... Harap tertutup aib, kisah lampau"Perempuan yang baik tak akan ungkit kisah silam seorang lelaki, mungkin dulu lelaki tu dipaksa atau dalam keadaan tak sedar kita mana tahu."Sejujurnya, ramai yang masih ada teruna. Cuma kena luaskan kumpulan kawan. Saya ada kawan yang bersentuhan tangan (lain jantina) pun tidak."Kenapa lelaki boleh marah kalau perempuan yang dah tak ada dara tapi perempuan tak boleh marah kalau lelaki tiada teruna?," komen beberapa netizen.Susulan perdebatan itu, wanita berkenaan tampil menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak.Wanita luah keinginan mahu kenal lelaki masih teruna.Akui trauma kerana lelaki ditemukan ada sejarah silam.Netizen beri pandangan berbeza soal masa lalu.Dia mohon maaf, jelaskan sekadar berkongsi pandangan.Kini jalani FYP dan bakal tamat pengajian tahun ini.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tak sangka boleh dapat perhatian begini. Saya tak ada niat nak memalukan mana-mana jantina sekali pun. Cuma bertanya dan ingin tahu."Minta maaf kalau ada yang terasa atau tidak boleh terima tapi setiap orang ada keinginan dan saya terima nasihat dengan hati terbuka," ujarnya.Menurut doktor kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan Awang, tiada cara spesifik atau saintifik untuk menentukan lelaki itu masih teruna.Namun, apa yang dimaksudkan wanita ini mengenai teruna tersebut adalah merujuk kepada lelaki yang masih tidak terjebak dengan zina atau maksiat.