Umat Islam perlu berpuasa pada bulan Ramadan terutama bagi golongan lelaki jika tiada keuzuran. -Gambar hiasan AI
DI sebalik kemeriahan dan keberkatan bulan Ramadan, masih ada segelintir individu yang mengambil ringan soal ibadah puasa.Pelbagai alasan dan helah digunakan bagi mengelak daripada berpuasa hanya kerana gagal mengawal nafsu. Ada juga yang tergamak berpura-pura berpuasa seperti dikongsi seorang wanita mengenai sikap rakan sepejabatnya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Menurut wanita itu, lelaki berkenaan hanya berpuasa di hadapan isterinya, namun terus makan dan minum seperti biasa sebaik sahaja masuk waktu kerja."Saya ada seorang kawan lelaki yang hanya berpuasa depan isteri dia saja. Masuk je dekat tempat kerja terus teguk air.Bazar menjadi pilihan ramai untuk membeli juadah berbuka bulan puasa. -Gambar hiasan AI"Waktu kerja syif dia kena masuk pukul 4 petang, dia siap singgah bazar ramadan. Masuk je kerja terus dia melantak."Padahal pukul 4 petang tu sudah nak dekat sangat dengan waktu berbuka, aduhai," ceritanya individu berkenaan di Threads.Tambah wanita itu lagi, dia berasa lebih sedih apabila memikirkan pengorbanan isteri lelaki tersebut yang sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sahur."Sedih tengok (kelakuan). Entah la kalau masih bujang, tak terasa sangat. Lantak dekat kau la. Tapi bila sudah ada keluarga ni ingat la anak-anak sama."Susah payah isteri bangun masak makanan sahur untuk kau. Kau pula tolong memasak pun tak," ujar wanita itu.ARTIKEL BERKAITAN: “Pekak badak, patut tak laku” - Sedih dengar mak dihina pelanggan, peniaga bazar pertahan ibu OKU gigih cari rezekiARTIKEL BERKAITAN: Hajat berbuka puasa percuma terbantut, semuanya gara-gara mulut lancang isteri AJK surau... Siap kena pulau!Menurutnya, rakan lelaki itu juga pernah diperli oleh seorang kenalan lain berhubung soal fidyah, namun dia hanya tersenyum sambil meneruskan makan nuget.Di ruangan komen, netizen turut berasa kurang senang dengan sikap lelaki berkenaan serta berkongsi pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut."Bukan bini pun tanggung dosa suami dia, dia tanggung sendiri. Laki dia habis berani la tu nak jawab depan Allah nanti."Saya ada baca mengenai anak-anak bayarkan fidyah untuk arwah bapa yang tak puasa. Kalau isteri tak tahu yang dia tinggal puasa, agaknya memang tak dibayar dan diqada la puasa," komen beberapa netizen.Wanita dedah rakan lelaki hanya berpuasa di depan isteri, namun makan di tempat kerja.Lelaki itu tetap bersahur dan berbuka di rumah, tetapi didakwa tidak berpuasa sepenuhnya.Dia luah rasa sedih mengenangkan pengorbanan isteri sediakan sahur.Soal fidyah pernah dipersoal rakan lain, namun lelaki itu hanya tersenyum.Kisah tersebut jadi peringatan tentang tanggungjawab mengganti puasa yang ditinggalkan.Ringkasan ini dijana oleh AIHukum meninggalkan puasa dengan sengajaMeninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja tanpa keuzuran syarie merupakan perbuatan yang berdosa besar kerana ia termasuk dalam salah satu rukun Islam.Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, individu yang sengaja berbuka puasa pada bulan Ramadan melakukan dosa besar kerana meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan.Sesiapa yang meninggalkan puasa di bulan Ramadan dengan apa cara sekalipun selain jimak pada siang hari, wajib menggantikan (qada) puasa itu secepat mungkin sebelum tiba Ramadan berikutnya.Sekiranya puasa berkenaan tidak digantikan sehingga masuk Ramadan seterusnya, individu tersebut bukan sahaja perlu mengqadakannya, malah turut dikenakan fidyah mengikut kadar yang telah ditetapkan.