Ibu bapa perlu peka tentang kohort usia ketika mengisi pendaftaran persekolahan anak di dalam sistem idMe. -Gambar hiasan AI
SEORANG ibu meluahkan rasa gusar apabila anaknya yang baru berusia enam tahun perlu memasuki darjah satu pada tahun ini.Menurut wanita itu, perancangannya sebelum ini adalah untuk mendaftarkan anaknya pada tahun 2027 mengikut usia tujuh tahun. Namun, ketika mahu membuat pendaftaran menerusi Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), permohonan anaknya yang lahir pada tahun 2020 itu tidak dapat diisi.Kanak-kanak yang lahir 1 Januari perlu bersekolah awal setahun berbanding rakan seusia yang sama. -Gambar hiasan AI"Saya hubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), mereka kata anak saya kena masuk Tahun Satu juga pada usia enam tahun. Saya keliru kat situ."Saya tanya bukan ke sepatutnya tahun depan dan ia adalah pilihan? PPD cakap anak yang lahir sehingga 1 Januari 2020 perlu masuk Tahun Satu pada tahun ni," katanya.Menurutnya, pada tahun lalu dia ada membuat pendaftaran awal bagi kemasukan Tahun Satu. Ketika itu, syarat yang dinyatakan adalah kanak-kanak yang lahir sehingga 1 Januari 2020 perlu didaftarkan, namun dia tidak menyedari ia merujuk kepada kemasukan sesi 2026.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terlepas! Pendaftaran murid Tahun 1 sesi persekolahan 2027 bermula 15 FebruariARTIKEL BERKAITAN: Ibu enggan daftar anak masuk sekolah, takut diam-diam si manja belajar mencarut - “Jahat ke saya?”“Pada November 2025, pihak sekolah hubungi dan bertanya sama ada mahu masukkan anak ke Tahun Satu pada 2026. Saya beritahu tak, sebab nak ikut umur tujuh tahun pada 2027.“Pihak sekolah maklumkan permohonan akan dibatalkan dan minta saya mohon semula pada 2026,” katanya.Bagaimanapun, apabila permohonan dibuka pada 15 Februari lalu, dia tidak dapat memohon kerana pautan syarat kelayakan menyatakan hanya kanak-kanak lahir pada atau selepas 2 Januari 2020 yang layak.Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan permohonan penangguhan perlu dibuat secara manual beserta surat rasmi, namun sementara menunggu kelulusan, anaknya tetap perlu hadir ke sekolah pada usia enam tahun.Anak lahir 1 Januari 2020 perlu masuk Tahun Satu 2026 walau ibu mahu 2027.Pendaftaran idMe gagal, hanya lahir 2 Januari 2020 ke atas layak mohon sesi 2027.PPD arah anak hadir Tahun Satu pada usia enam tahun.Penangguhan perlu surat rasmi, tetapi anak tetap perlu hadir sementara menunggu kelulusan.Kohort Tahun Satu 2020 ditetapkan 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021.Ringkasan ini dijana oleh AI"Anak saya dah dikira masuk lambat la nanti. Dah banyak modal dikeluarkan untuk yuran tahunan di tadika," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang tidak mengetahui bahawa kanak-kanak yang lahir setiap 1 Januari perlu bersekolah awal setahun berbanding rakan seusianya.Malah, ada juga pernah berdepan situasi yang sama dan menyarankan wanita itu merujuk Jabatan Pendidikan Negeri bagi memudahkan pendaftaran."Anak buah saya lahir 1 Januari pun kena sekolah Tahun Satu awal setahun. Dia kena juga sekolah tahun ni, bukan tahun depan," kata netizen.Sementara itu, berdasarkan semakan mStar di sistem idMe, kohort kemasukan Tahun Satu bagi tahun kelahiran 2020 bermula dari 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.Ketetapan KPM itu juga menunjukkan tempoh setahun bermula 2 Januari hingga 1 Januari tahun berikutnya digunakan sebagai asas kohort umur untuk sesi akademik.