suria
mStar - Urban.Versatil

“Dah la busuk, tak solat tarawih” - Jemaah masjid tak setuju geng Rohingya monopoli slot berbuka, datang hanya nak makan

Acara berbuka puasa di masjid turut dihadiri oleh warga asing yang menetap di Malaysia. -Gambar hiasan AI

AKTIVITI berbuka puasa di masjid terus menjadi tradisi tahunan yang menyemarakkan lagi kemeriahan bulan suci Ramadan.

Namun, seorang pemuda di Thread berkata dia kurang senang dengan kehadiran segelintir warga asing yang dianggap mencemarkan acara berbuka puasa di masjid.

"Rohingya patut diharamkan daripada jamuan berbuka puasa dan moreh di masjid.

Pembaziran makanan dapat dielakkan jika juadah berbuka diagihkan oleh AJK masjid. -Gambar hiasan AI

"Dah la busuk, tak solat tarawih, lepas tu habiskan semua makanan sampai licin, tak tunggu jemaah lain," dakwanya.

Hantaran itu menerima lebih 15,000 tanda suka (likes) dan turut dihujani lebih 700 komen di platform Thread.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa lagi pelayar Thread turut berkongsi pengalaman sama ketika berdepan dengan pendatang asing.

  • Pemuda di Thread harap orang Rohingya dihalang menyertai iftar di masjid.
  • Dia mengakui berdepan pengalaman kurang menyenangkan dengan warga asing.
  • Pemuda itu mendakwa warga Rohingya menghabiskan makanan yang disediakan di masjid.
  • Dia juga mendakwa kumpulan warga asing itu tidak menunaikan tarawih dan hanya datang untuk mengambil makanan.

"Baru tadi anak Rohingnya kena 'pap' sikit dengan aku. Geram dia lalu-lalu, tak ada adab, pijak tempat sujud dan langgar botol air. Degil tau.

"Tempat aku pula Nigeria. Kalau ambil makanan, memang tak ingat orang belakang. Kadang seorang ambil sampai tiga bungkus.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami anggap macam hiburan je” - Perakam video anak Rohingya ludah kek lapis bersuara, santai layan perangai budak biadab

ARTIKEL BERKAITAN: Geram tengok warga Rohingya baru bersalin buat 'nurse' macam 'balaci'! Arah tukar lampin, biar anak menangis

"Saya pun anti mereka selepas kena cubit dengan budak Roihingya yang minta sedekah," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, netizen turut memberi saranan agar ahli jawatankuasa (AJK) masjid memainkan peranan mereka dalam mengatasi masalah tersebut.

Bulan Ramadan mengajar kita supaya bersederhana dan tidak membazir makanan. -Gambar hiasan AI

"Masjid mana ni? Sepatutnya beri keutamaan kepada rakyat Malaysia. Ramai lagi orang Malaysia yang susah dan perlukan makanan infaq tu.

"Sepatutnya AJK masjid main peranan tolong cedok nasi dan lauk. Kalau biarkan, mereka ambil banyak dan membazir.

"Bulan puasa ni jangan dengki sesama Muslim. Jalan terbaik adalah pihak masjid kawal supaya setiap orang tak ambil makanan banyak-banyak," tulis netizen lagi.

Artikel Lain