suria
mStar - Urban.Versatil

“Kawan cakap aku lagi lawa walau saiz XXXL” - Wanita cemburu bekas suami jumpa pengganti bertubuh langsing

Lelaki berhak untuk mencari pengganti selepas berpisah dengan bekas isteri. -Gambar hiasan AI

PASANGAN yang berpisah biasanya akan membawa haluan masing-masing dan membuka lembaran hidup baharu bersama insan lain.

Namun, seorang wanita di platform X mengakui dia masih terkenang perkahwinan lamanya, malah iri hati melihat kebahagiaan bekas suaminya bersama isteri baharu.

"Kami dah bercerai empat tahun. Tapi aku masih tak boleh move on. Kenapa isteri baharu dia dapat segalanya yang aku nak selama ni?

Bekas isteri perlu berlapang dada jika suami sudah bertemu pengganti. -Gambar hiasan AI

"Kenapa dia dapat the best version of my ex? Dunia ini tak adil. Dengan aku dulu, dia tak nak kerja, tak nak sewa rumah yang aku idamkan.

"Dulu duduk rumah keluarga aku je. Hari-hari gaduh. Sekarang boleh pula dia cari rumah yang elok untuk isterinya, siap mewahkan isteri," luah wanita itu.

Dalam hantaran sama, wanita itu berkata dia jauh lebih cantik berbanding isteri baharu suaminya walaupun wanita berkenaan bertubuh langsing.

  • Wanita luah rasa cemburu walaupun sudah empat tahun bercerai.
  • Dia sakit hati melihat bekas suami berkahwin dengan wanita lebih kurus.
  • Wanita itu yakin dirinya lebih cantik walaupun dia bertubuh gempal.
  • Pelayar X beri nasihat agar wanita itu 'move on' dan fokus kehidupan sendiri.

"Perempuan tu perosak rumah tangga. Semua kebahagiaan itu patut jadi milik aku. Isteri baharu dia setakat kurus je.

"Padahal kawan-kawan semua cakap yang aku lagi lawa walaupun pakai baju saiz XXXL. Jantan semua sama je. Sanggup ceraikan bini demi perempuan lain," kongsinya panjang lebar.

ARTIKEL BERKAITAN: Masa gemuk tak siapa mahu, gadis gembira temui cinta selepas kurus! Dapat BF sangat penuhi kriteria

ARTIKEL BERKAITAN: Petugas kesihatan dedah kesan buruk badan gemuk, punca ramai jururawat alami ‘slip-disc’ - “Terlentang lepas angkat pesakit 175 kg”

Menjengah ke ruangan komen, pelayar X memberi nasihat kepada wanita itu agar dia melupakan kisah silamnya dan fokus untuk membina masa depan yang lebih baik.

Pada masa sama, netizen turut menegur sikap busuk hati wanita itu yang disyaki menjadi punca dia diceraikan bekas suaminya sebelum ini.

Wanita berisi juga berhak untuk dicintai. -Gambar hiasan AI

"Nampak sangat kau tak bernilai untuk dia buat semua tu. Kau menjadi beban, kau adalah kerak dekat periuk nasi dia. Sekarang dia jadi raja yang lebih gembira.

"Mungkin kamu rasa gemuk is awesome. Tapi lelaki tetap nak tengok yang cantik-cantik. Body kena jaga.

"Rasanya tak perlu kot burukkan isteri baharu bekas suami kamu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain