suria
mStar - Urban.Versatil

Tak sempat nak cedok, nenek tarik pinggan lauk... Tergamak malukan cucu depan rezeki! - “Ini untuk orang lain, kau ambil itu je”

Sikap pilih kasih sepatutnya tidak ada dalam institusi keluarga. -Gambar hiasan AI

SIKAP pilih kasih dalam keluarga boleh meninggalkan kesan emosi mendalam, lebih-lebih lagi apabila melibatkan insan yang sepatutnya menjadi penyatu hubungan.

Seorang gadis berusia 19 tahun meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dia sekeluarga menerima layanan buruk daripada nenek ketika acara makan-makan di rumah wanita itu.

"Masa saya tarik nak ambil lauk sebelum letak dalam pinggan, nenek tarik semula. Dia cakap... ini untuk orang lain, kau ambil yang itu je. Sepanjang makan tu saya diam saja," kongsinya mengimbas kejadian pada tahun lalu.

Konflik dan salah faham sering terjadi dalam sesebuah keluarga besar. -Gambar hiasan AI

Lebih menyedihkan, dia mendakwa pada hari pertama Ramadan tahun ni, keluarga besarnya sekali lagi menerima jemputan nenek untuk berbuka puasa bersama.

Namun, dia berasa terkilan setelah mendapat tahu bahawa keluarganya tidak dipelawa untuk turut serta.

"Tapi pada hari kedua, orang lain dah tak datang rumah... baru la nenek panggil ajak makan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita benci nenek pilih kasih! Suruh bayar mi segera RM1, cucu kesayangan dapat makan ‘free’ - “Dia pastikan gaji aku lebih rendah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada cucu kesayangan, terang-terangan pilih kasih.... Menantu 'angin' sikap ibu mentua - "Tak boleh tengok anak aku lawa"

"Tapi lepas kejadian setahun lalu tu, kami sudah tak makan bersama sebagai satu keluarga. Sudah lebih setahun saya tak beraya dan buka puasa dengan mereka semua.

"Saya masak sendiri, tapau dan bawa ke tempat mak ayah kerja. Saya tak suka cara mereka layan mak ayah saya. Keluarga saya cuma duduk di dapur, bukan di ruang tamu," luahnya lagi.

Sebagai anak sulung dengan adik-adik yang masih kecil, dia mengakui sedang mencari jalan untuk membantu kedua ibu bapanya agar tidak terus diperlakukan sedemikian.

Perkongsian itu meraih perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati selain mengecam sikap pilih kasih dalam keluarga.

  • Pemuda 19 tahun dakwa nenek pilih kasih ketika makan bersama.
  • Lauk ditarik semula dengan alasan simpan untuk orang lain.
  • Keluarganya tidak dijemput berbuka pada hari pertama Ramadan.
  • Sudah lama tidak berbuka dan beraya bersama keluarga besar.
  • Netizen simpati dan kecam sikap pilih kasih.

"Kalau ia terjadi kepada diri sendiri, saya akan duduk diam, minum air dan bangun pergi solat Maghrib kemudian lepak jauh-jauh. Kenapa mereka bagi layanan macam tu dekat awak?

"Bangun dan tak datang untuk makan dekat situ lagi dah. Nenek pun yang aneh-aneh je. Sudah tua tu tak perlu la pilih kasih.

"Sudah diajak, lepas tu tak bagi makan pula. Kalau tak bagi makan, jangan la tunjuk dan hidangkan," komen beberapa netizen.

Artikel Lain