suria

Wanita benci nenek pilih kasih! Suruh bayar mi segera RM1, cucu kesayangan dapat makan ‘free’ - “Dia pastikan gaji aku lebih rendah”

Layanan pilih kasih sememangnya wujud dalam sesetengah keluarga. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua individu bertuah dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang.

Kisah yang dikongsikan wanita ini menjadi contoh bagaimana zaman kanak-kanaknya meninggalkan luka mendalam gara-gara layanan pilih kasih nenek sendiri. 

"Dari kecil dia (nenek) judge adik-beradik aku dari segi pendidikan, warna kulit dan sekarang pekerjaan. Dia tak suka adik-beradik aku lebih daripada cucu kesayangan dia. 

Melalui pengalaman pahit ketika zaman kanak-kanak mampu membuatkan seseorang trauma apabila dewasa kelak. -Gambar hiasan AI

"Rumah aku dengan nenek ni dekat je. Jadi moment paling aku ingat adalah kitaorang adik-beradik minta mi segera satu peket kecil. Tahu dia buat apa? Dia suruh kitaorang bayar RM1. Cucu dia yang lain dapat makan free.

"Pergi sekolah kitaorang mampu tengok je cousin makan nugget, nasi lemak," luahnya dalam hantaran di Threads. 

Apa yang menyedihkan, wanita berkenaan berkata sikap neneknya terhadap dia dan adik-beradiknya langsung tidak berubah biarpun mereka sudah meningkat dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih

"Dah habis belajar ni pula jadi kes dia call aku tanya pasal gaji, nak make sure gaji aku lagi rendah daripada cucu kesayangan dia.

"Yang paling aku tak boleh lupa. Aku ni anak perantauan. Almost setiap hari call family. Ada la satu hari tu ada krisis sesama keluarga. 

"Baru balik kerja weh nenek call dia cakap, kau kakak yang tak guna, kau sedap duduk kat sana tak kisah pasal adik-adik.

  • Seorang wanita berkongsi kisah zaman kecilnya yang perit akibat layanan pilih kasih nenek.

  • Nenek sering membandingkan dan melebihkan sepupu lain dengan adik-beradiknya.

  • Sikap nenek berlarutan hingga mereka dewasa, malah pernah bertanya gaji semata-mata tidak mahu mereka mengatasi cucu kesayangannya.

  • Walaupun mengakui rasa benci, wanita itu tidak berdendam dengan neneknya.

  • Netizen mendoakan agar dia dipertemukan dengan pasangan yang mempunyai keluarga penyayang.

"Aku terkejut tiba-tiba dia tengking terus cakap macam tu. Itu first time aku jadi benci nenek aku. Selama ni aku dengar cakap mak aku suruh sabar. Tapi sekarang maaflah," luahnya lagi.

Tambahnya, biarpun mengakui membenci neneknya disebabkan layanan pilih kasih, namun dia tidak berdendam atau mendoakan perkara buruk buat warga emas tersebut.

Perkongsiannya mengundang perhatian netizen dengan rata-rata menyarankan supaya wanita berkenaan tidak berdiam diri dan melakukan sesuatu untuk 'menyedarkan' neneknya.

Sebahagian daripada komen warga maya.

"Jangan lupa pertahanan diri walaupun dengan nenek sendiri. 

"Tak perlu maki pun, cukup awak lawan balik," antara komen netizen.

Namun tidak kurang ada yang mendoakan agar dirinya dianugerahkan pasangan yang mempunyai keluarga penyayang kelak.

"Moga ada orang lain yang sayang awak lebih. Macam wife saya dengan ibunya tak rapat. Tapi dengan emak saya, rapat betul," komen yang lain pula. 

Artikel Lain