suria

Demi cinta, wanita keluar duit poket sendiri tanggung semua belanja kahwin... Tak sangka suami bawa bala lepas nikah!

Suami sepatutnya berusaha mencari nafkah bagi memenuhi keperluan keluarga selepas berkahwin. -Gambar hiasan AI

BERKAHWIN dengan lelaki yang gagal menguruskan kewangan rumah tangga dengan baik benar-benar menguji kesabaran seorang wanita.

Menerusi luahan di Thread, wanita itu berkata dia kecewa apabila suaminya langsung tidak bersyukur walaupun dia banyak berkorban daripada segi kewangan.

"Setiap kali beritahu suami dia akan emosi. Saya dah terima dia yang tak ada apa-apa. Perbelanjaan nikah pun saya tanggung. Keluarga dia sangat berkira.

Seorang isteri pastinya berasa tertekan apabila terpaksa menjalankan tugasan suami dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Mak dia selalu cakap dah tak ada duit nak bagi. Padahal yang mak dia bagi tu tak sampai beribu pun tapi beli gelang emas boleh pula. Siap beritahu saya depan-depan.

"Sudahnya famili saya je banyak keluar duit untuk nikah. Saya ingatkan mak dia je perangai tak elok, jadi saya pun bersabar. Selepas nikah, rupanya perangai suami sama je," ujarnya.

Cerita wanita itu lagi, suaminya juga gagal membezakan antara keperluan dan kehendak terutamanya melibatkan soal kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Merana 8 tahun kahwin, suami jadi hamba keluarga... Mentua minta buat loan RM100,000 ketagih nak cepat kaya

ARTIKEL BERKAITAN:Satu sen pun tak bayar, famili mentua 'lenjan' kereta suami macam harta sendiri! Brek rosak enggan tanggungjawab

"Suami tergamak pinjam duit dengan mama aku sebab nak balik kampung dia. Dengan mak dia sendiri tak nak pula pinjam.

"Dia ikut kawan melepak untuk main badminton lepas balik kerja. Padahal duit nak makan sendiri pun tak cukup. Bayar sewa (gelanggang) pun tak ada.

"Tapi nak pergi juga atas desakan kawan. Dia malu sebab kawan cakap tak kan RM50 pun tak ada. Tapi beras untuk sendiri makan pun tak cukup untuk esok," jelasnya.

Dalam hantaran sama, wanita ini meluahkan rasa buntu mengenangkan sikap suami apabila dia dan keluarganya terpaksa menanggung kesusahan dan tanggungjawab suami sehingga kini.

  • Isteri kecewa suami masih bergantung kewangan walaupun nikah dulu ditanggung olehnya.
  • Mentua dakwa tiada duit tapi mampu beli gelang ribuan ringgit.
  • Suami beberapa kali pinjam wang daripada keluarga isteri.
  • Perbelanjaan rumah, makan dan tempat tinggal banyak ditanggung isteri.
  • Netizen nasihatkan fikir semula hubungan dan hadkan kesabaran.

"Kenapa sampai nak nikah pun awak yang keluarkan duit? Kalau daripada awal semua dibantu, awak fikir-fikir la sendiri.

"Lelaki yang daripada awal dibantu memang dah naik lemak la tu. Kalau nasihat pun tak jalan juga, angkat kaki je. Sabar kita (sebagai isteri) ada hadnya.

"Selagi mampu sabar untuk tunggu dia berubah, teruskan. Apabila sabar dah terlebih had, pulangkan kembali kepada keluarganya," komen beberapa netizen.

Artikel Lain