suria

“Dia nak jadikan aku sifu” - Minta tip di ranjang, kongsi foto berbaju tidur seksi... Wanita seram diganggu kaum sejenis di Telegram!

Gangguan seksual bukan sahaja boleh berlaku melibatkan individu berlainan jantina, bahkan kaum sejenis. -Gambar hiasan AI

LAZIMNYA kisah gangguan seksual sering dikaitkan dengan individu berlainan jantina. 

Namun, gangguan boleh datang daripada sesiapa sahaja termasuk individu yang sama jantina, sebagaimana pengalaman yang dialami oleh seorang wanita ini.

Menurutnya, segala-galanya bermula secara normal apabila seorang  wanita tidak dikenali menghubunginya melalui platform e-dagang untuk bertanyakan tentang pakaian tidur yang ingin dibeli.

"Aku nak cerita pasal ada lesbian dan dia bini orang yang kacau aku. Mulanya dia mesej aku dekat platform e-dagang sebab katanya dia nampak aku review beli baju tidur seksi yang dia berkenan tu. Dia nak tanya aku pasal baju tidur tu.

Cara terbaik mengatasi gangguan seksual di laman sosial adalah dengan menyekat (block) individu yang berkenaan. -Gambar hiasan

"Mula-mula tanya benda basic macam material, tahan ke kainnya, selesa ke. 

"Lepas tu minta contact di Telegram sebab katanya dekat Shopee tak boleh nak chat banyak benda sebab situ bukan tempat berbual. Jadi kita okay jelah sebab dia pun perempuan," kongsinya menerusi hantaran di Threads.

Ujarnya, perbualan wanita tersebut kemudian menyentuh beberapa pertanyaan yang bersifat terlalu peribadi hingga membuatkan dia kurang selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pegang status PLHIV lepas setahun kahwin... Derita akibat suami kejam amal hubungan luar tabii

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon kedua tertinggal di rumah asbab kejahatan suami terbongkar... Rupanya berselera songsang, ‘inbox’ penuh aksi terlarang!

Apa yang lebih mengejutkan, wanita berkenaan tanpa segan silu berkongsi masalah 'dalam kelambu' di dalam perbualan mereka.

"Dia kata nak jadikan aku sifu dan kawan sebab dia pun suri rumah dan tiada kawan sembang. Dia nak minta tip rumah tangga dan atas katil.

"Kemudian dia kata tak pandai bersolek bagai. Dia suruh aku hantar gambar pakai make-up nak buat rujukan. Dia dah mula minta gambar aku tanpa tudung konon nak tengok macam mana aku gayakan rambut.

"Masa ni aku dah risau... Entah-entah dia lelaki menyamar pompuan kan. Jadi aku cakaplah tak boleh. Lepas tu dia share gambar dia tapi buat one timer view tu, dia kata betul dia perempuan," ujarnya.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman diganggu secara seksual di platform e-dagang.

  • Ujar pengadu, individu itu seorang wanita dan berstatus isteri orang pada mulanya bertanya mengenai baju tidur yang dibeli.

  • Wanita berkenaan kemudian meluahkan masalah rumah tangga dan mula meminta gambar kononnya untuk dijadikan rujukan.

  • Wanita itu malah menghantar gambar dirinya memakai pakaian tidur seksi dalam keadaan hampir tidak berbaju dan cuba memancing perbualan lucah.

  • Pengadu bertindak menyekat individu itu, dan ramai warganet menyokong tindakan tersebut sebagai langkah terbaik demi keselamatan.

Tidak sekadar itu, wanita berkenaan kemudian menghantar pula gambarnya mengenakan baju tidur seksi yang dibeli, kononnya mahu mendapatkan pandangan.

"Tak lama tu baju tidur seksi tu sampai, dia kata dah cuba. Dia bagi gambar dia pakai baju tu (almost bogel) dekat aku secara one timer dan suruh aku bagi pendapat jujur. Geli tahu!" luahnya.

Tambahnya, wanita berkenaan meminta maaf selepas ditegur namun seakan-akan tidak serik apabila beberapa kali cuba memancingnya bersembang perkara lucah.

Sebahagian daripada reaksi warga maya. 

"Masa ni dah tak boleh positif lagi dah. Aku terus block dia di Telegram tu," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, ada antara warga maya turut berkongsi pengalaman hampir serupa berdepan dengan ragam aneh kenalan dalam talian.

Dalam pada itu, rata-ratanya menyifatkan tindakan wanita berkenaan menyekat individu tersebut sebagai langkah tepat demi menjaga keselamatan diri.

Artikel Lain