suria

“Tak kisah orang kata jual anak!” - Wanita dalam dilema, bapa penganggur berkeras mahu RM15,000 duit hantaran

Pelbagai ujian mendatang dalam fasa bertunang. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berdepan tekanan selepas bapanya meminta agar diberikan semua wang hantaran kepadanya walau sudah mengetahui ia diperuntukan untuk majlis perkahwinan.

Menurut wanita itu, buat masa ini dia mempunyai kira-kira RM22,000 hasil gabungan duit hantaran serta simpanannya sendiri.

Malah katanya segala persiapan juga sudah dibuat termasuk menempah pakej perkahwinan serba lengkap tanpa bergantung harap kepada keluarga.

Isteri kini terpaksa mencari pendapatan tambahan bagi membantu suami. -Gambar hiasan AIIsteri kini terpaksa mencari pendapatan tambahan bagi membantu suami. -Gambar hiasan AI

"Tapi ayah saya sangat menentang. Dia berkeras mahu duit hantaran tunang saya berjumlah RM15,000 diserahkan sepenuhnya kepada dia.

"Dia marah sebab saya buat tempahan sendiri sedangkan tarikh nikah lagi enam bulan.

"Sekarang dia ugut nak juga duit tu dan cakap... ayah tak kisah orang kata ayah jual anak ke apa, ayah nak duit tu," luah wanita itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ‘pecah’ lepas 5 tahun kahwin! Rupanya famili mentua ‘rembat’ 15K duit hantaran - “Kantoi busuk macam tu je

ARTIKEL BERKAITAN: Terpikat sebab ‘kaki’ masjid, pelajar tahfiz... Wanita menyesal nikah tanpa wang hantaran, suami langsung tak hargai pengorbanan

Wanita itu mengakui berat hati untuk menyerahkan wang tersebut kerana risau ia akan digunakan untuk tujuan lain memandangkan bapanya sudah lama tidak bekerja.

"Saya risau kalau dia guna duit tu sesuka hati sebab ayah saya dah lama tak bekerja, ada dua isteri dan banyak bergantung pada mereka.

"Saya sedih sebab saya tak minta satu sen pun daripada keluarga, tapi tetap ditekan macam ni," katanya.

  • Ayah wanita tuntut semua duit hantaran RM15,000 walaupun ia untuk majlis kahwin.
  • Wanita sudah sediakan RM22,000 termasuk tempahan pakej perkahwinan lengkap.
  • Ayah berang kerana persiapan dibuat awal dan mengaku tak kisah dianggap “jual anak”.
  • Wanita bimbang duit disalah guna kerana ayah tidak bekerja dan bergantung pada keluarga.
  • Netizen sarankan wanita bertegas dan tidak menyerahkan wang tersebut.

Perkongsian itu mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen yang menyarankan wanita itu agar jangan sesekali menyerahkan duit tersebut kepada bapanya.

"Jangan bagi, awak kena bertegas. Kalau dia ugut pasal wali, bawa kes tu ke mahkamah.

"Kuatkan semangat. Kena tegas walaupun kena cop anak derhaka. Dia tak ada hak atas duit tu," antara komen netizen.

Artikel Lain