SEORANG wanita berkongsi situasi tegang melibatkan dirinya dan bekas majikan sewaktu berusia awal 20-an.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia mengalami sakit perut akibat datang bulan dan berada di dalam tandas.
Pada masa sama, telefon pejabat berdering tanpa henti hingga mengakibatkan majikannya naik angin.
Organisasi syarikat akan lebih efektif jika majikan dan pekerja mempunyai hubungan baik. -Gambar hiasan AI
“Dia pergi ke tandas, tendang pintu beberapa kali dan jerit suruh saya cepat kerana telefon berbunyi.
"Dia jerit kenapa you lama sangat dalam toilet? Telefon bunyi banyak kali tu, cepat la," kongsi wanita tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia pemandu ekskavator kahwin dua hampir pecah, resit transaksi duit gaji jadi punca! Isteri pertama terus mesej majikan
ARTIKEL BERKAITAN: "Dia tukang masak, gaji tak dibayar” - Aktivis bongkar latar belakang gelandangan disiram, rupanya warga India dianiayai majikan
Wanita itu mengakui pada waktu itu dia berasa sangat tertekan dan bengang dengan tindakan majikannya.
"Bila dah selesai, saya pergi tendang pintu bilik dia dan jerit semula kat dia.
“Saya tanya kenapa dia biadab dan tak hormat staf. You ingat you bos boleh buat macam ni ke?" katanya.
Dia kemudian mengambil beg tangan dan terus keluar dari pejabat walaupun baru pukul 10 pagi.
- Wanita dimarahi bos ketika dalam tandas kerana telefon pejabat berdering.
- Bos tendang pintu dan menjerit supaya dia keluar cepat.
- Wanita itu membalas dengan menegur bos secara berdepan.
- Bos akhirnya meminta maaf namun wanita itu tetap berhenti kerja.
- Netizen kongsi pengalaman sama berdepan majikan kasar.
Katanya, pada sebelah malam, majikan itu menghubunginya dan memohon maaf.
"Esoknya my big boss panggil dan pujuk. Minggu depannya saya hantar surat berhenti kerja.
"Saya berhenti bukan sebab isu pintu tandas kena tendang tapi dapat tawaran yang lebih baik," katanya.
Warga maya yang membaca perkongsian itu mengakui pernah berdepan dengan majikan sedemikian yang hanya tahu mencari salah pekerja.
"Pernah gaduh dengan bos puncanya dia tengking luar surau ingat aku tidur. Bila dia buka pintu tengok aku baru buka telekung.
"Gaduh sebab punca mulut orang lain. Dia maki aku, aku maki dia balik sebab bukan salah aku," antara komen netizen.


