suria

Suri rumah ingin putar masa, kembali bekerja walau dapat suami ‘provider’

Selain cukup keperluan, golongan isteri juga mengharapkan ihsan dan perhatian daripada suami. -Gambar hiasan AI

SETIAP wanita mengimpikan seorang suami yang bertanggungjawab dan sanggup bekerja keras untuk memenuhi segala keperluan dalam rumah tangga.

Bersyukur suami mampu menyediakan segalanya untuk keluarga, namun wanita ini masih meluahkan keinginan untuk kembali ke masa silamnya.

Lebih mengejutkan apabila dia seolah-olah berasa menyesal mendirikan rumah tangga apabila menyatakan keengganan untuk berkahwin jika dapat diputarkan masa.

Suami perlu menyediakan keperluan rumah tangga untuk keselesaan isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan

Suami perlu menyediakan keperluan rumah tangga untuk keselesaan isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan

"Saya suri rumah dan telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga, suami 100 peratus provider.

"Tak lama lagi akan jadi ibu kepada tiga cahaya mata tapi kalau ditanya apa yang saya mahukan, saya nak putar balik masa.

"Saya tak mahu berkahwin, nak bekerja dan ada duit sendiri, bergaul dengan ramai orang... tapi saya sayang anak-anak saya," luahnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mahukan suami 'provider', jadikan bapa idola dicerca! BF bengang cadangan kongsi komitmen lepas kahwin ditolak

ARTIKEL BERKAITAN: Siang malam buat ‘part time’ e-hailing, isteri pelik suami masih ‘meratib’ tak ada duit... Sudahnya kena guna wang sendiri juga

Berkongsi cerita, dia mengakui kehidupannya kini hanya berpaksikan pada keluarga sehingga menjadi seorang yang introvert.

Situasi yang berlaku itu membuatkan dia sering terasa hati dengan kata-kata suaminya.

"Bukan saya tak bersyukur dan tidak juga burn out, suami memang baik tapi saya selalu terasa dengan kata-kata dia.

  • Jadi suri rumah selama tujuh tahun, wanita luah menyesal kahwin.
  • Rasa hidup terhad, jadi introvert dan sering terasa dengan suami.
  • Dakwa dipandang rendah dan tak boleh luah rasa penat.
  • Mahu bekerja dan ada kehidupan sendiri.
  • Netizen simpati dan beri nasihat.

"Dia seorang provider tapi saya pula kosong, sangat dipandang rendah oleh suami sendiri.

"Saya tak pandai menjawab dan tak akan menjawab sebab hormat dirinya yang banyak berkorban untuk keluarga kecil ni," tambahnya.

Lebih menambah rasa sedih apabila dia juga tidak boleh meluahkan rasa letih yang dialami.

Warga maya memberikan kata-kata nasihat dan pandangan kepadanya.

Warga maya memberikan kata-kata nasihat dan pandangan kepadanya.

Malah suaminya pernah mengherdiknya untuk keluar bekerja dan mencari nafkah disebabkan membuat luahan seperti itu.

Perkongsiannya itu mengundang simpati warga maya.

Kebanyakannya tampil memberi pandangan dan nasihat supaya dia mengabaikan kata-kata negatif suaminya.

"Bekerja tu bukan sesuatu yang indah, ramai je yang bekerja tapi tak mampu menyimpan dan tak sempat bergaul.

"Pernah rasa macam tu, tapi saya jawab balik yang saya cuma nak meluahkan kepada dia dan bukan lelaki lain.

"Inilah namanya pengorbanan seorang ibu, orang berkahwin ni untung... semua kerja dianggap ibadah dan dapat pahala," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain