HAL ehwal kewangan sering kali menjadi punca pertelingkahan dalam keluarga termasuk ipar-duai.
Begitulah situasi yang dikongsikan wanita ini apabila kakak iparnya didakwa berang setelah mengetahui abangnya ingin membantu membayarkan hutang Buy Now Pay Later (BNPL) miliknya.
Menurut pengadu, abangnya bekerja dengan pendapatan besar dan tidak berkira untuk membantu adik-beradiknya.

Ramai yang tidak bersetuju apabila pasangan ingin membantu ahli keluarga mereka. -Gambar hiasan AI
Namun tindakan itu didakwa tidak disenangi oleh kakak iparnya yang dikatakan marah setiap kali isu kewangan dibangkitkan.
"Abang aku memang nak tolong support bayar BNPL aku tapi kakak ipar masih lagi bising.
"Masalahnya mereka berdua kerja dengan gaji besar, setakat bayar BNPL aku RM9,000 tu entah-entah celah gigi je," luahnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan ‘tekan’ bayar segera saman RM300, buat-buat lupa hutang lama RM500 belum langsai - “Dia macam ‘tersakiti’ sangat”
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu herdik, perli orang susah... Pemungut hutang kini sempit rezeki, anggap diri terima kifarah
Mengakui geram dengan sikap kakak iparnya itu, pengadu menyatakan hutang tersebut wujud kerana dia terpaksa membeli barang keperluan anak-anak.
Tambahan pula, dia sedang hamil anak keempat ketika suaminya tidak bekerja.
- Wanita dakwa kakak ipar marah bila abang mahu bantu bayarkan hutang BNPL.
- Katanya RM9,000 itu kecil bagi pasangan berpendapatan tinggi.
- Hutang timbul kerana beli barang anak ketika suami tidak bekerja dan dirinya hamil anak keempat.
- Netizen kritik tindakan berhutang besar walaupun tidak mampu.
- Ramai pertikai sikapnya yang berharap abang menanggung komitmen keluarga.
"Suami aku dah beberapa bulan tak bekerja, jadi terpaksalah guna BNPL tu.
"Gaji aku dah tak cukup nak cover bayar bulanan," tambahnya menjelaskan situasi dialami.

Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan sikapnya.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya mengecam tindakannya meminta bantuan individu lain membayar hutang sendiri.
"Dah tahu tak ada duit, kenapa berhutang sampai RM9,000? Anak sampai empat walaupun dah tahu tak mampu.
"Percayalah, kakak ipar awak dah banyak berkorban untuk abang awak sepanjang perkahwinan mereka.
"BNPL RM9,000 dengan anak empat orang... memang harap abang yang kaya tanggung ke," demikian reaksi netizen.


