SEORANG wanita teruk dibelasah suaminya selepas meminta penjelasan mengenai identiti seorang perempuan yang keluar bersama lelaki itu dalam kejadian pada Isnin lalu.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, suaminya menarik kolar baju isterinya dengan kasar dan cuba mengheretnya ke arah lain sebelum dileraikan seorang pemuda.
Pemuda itu bagaimanapun dipercayai dipukul suami wanita tersebut sambil memberi amaran agar tidak masuk campur urusan mereka.
Selain memukul isteri, lelaki itu turut dipercayai memukul individu yang cuba meleraikan pergaduhan mereka berdua. -Gambar media sosial
Si suami kemudian mengheret isterinya sebelum menolak wanita itu ke arah deretan kereta yang diletakkan di bahu jalan.
"Kau gila ke pukul dia macam tu," kata perakam video dipercayai anak saudara wanita tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kecoh isteri terjah suami curang di klinik... Siap tarik rambut, bagi penampar! - “Kenapa ajak laki orang teman?”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Video tular tinggal anak 2 jam di 'playground' dedah suami 'dating' kekasih gelap - "Kalau tahu dia curang, aku sepak"
Kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki itu bersama wanita yang didakwa skandalnya membersihkan sebuah gerai di tepi jalan di Sungai Buloh, Selangor.
Anak saudara wanita itu kemudian menyoal perempuan yang didakwa menjadi punca pertengkaran tersebut mengenai status hubungan mereka.
"Dia bukan suami saya dan saya bukan isteri dia. Ya aku panggil dia B, tahu B tu apa? Brother la.
"Apa la yang kau rekod macam ni, kalau aku tak salah, aku boleh saman tau," kata perempuan itu.
- Isteri dipukul suami selepas menyoal mengenai wanita yang bersamanya.
- Video tunjuk suami tarik dan tolak isterinya hingga mencetus kecaman.
- Wanita terlibat dakwa panggilan B sebagai singkatan 'brother' bukan hubungan istimewa.
- Anak saudara rakam kejadian dan tuduh wanita itu punca pergaduhan.
- Mangsa cuma mahu penjelasan dan rela berundur jika suami pilih orang lain.
Perempuan itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki itu.
"Akak tahu tak B tu adalah (maksud) kesayangan. Laki tu tolak makcik saya, puncanya dari akak. Laki tu laki orang kak," kata anak saudaranya sambil membuat rakaman.
Sementara itu, wanita yang dipukul memberi penjelasan bahawa kehadirannya pada malam kejadian bagi mendapatkan jawapan daripada suaminya.
"Saya yang baju pink itu masih isteri si B. Nampak di situ salah saya sebab tiba-tiba terjah. Hati isteri mana tak hancur bila dapat tahu suaminya bersama perempuan lain.
"Saya ke sana nak buat kecoh cuma inginkan penjelasan siapa perempuan tu. Andai itu pilihan hati B, saya sanggup undurkan diri, tidak perlu saya merebut andai itu bukan jodoh saya," katanya meninggalkan komen di video yang tular.
Berdasarkan tinjauan di akaun si isteri, dia dan suami sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai cahaya mata.


