PERKONGSIAN seorang wanita mengenai tindak balas anaknya apabila sedang 'tantrum' mencuit hati warga maya.
Berkongsi cerita, wanita itu berkata anaknya akan menyebut "dah, dah, dah" setiap kali dia marah atau mengamuk.
Malah kata si ibu itu, dia menyedari anaknya mula mengikuti tingkah lakunya semasa membuang hingus si kecil berkenaan.

Setiap kanak-kanak mempunyai 'peel' tersendiri. -Gambar hiasan AI
"Kanak-kanak terutama yang dijaga sendiri, tidak dihantar ke taska akan bertindak balas seperti sikap ibu bapanya.
"Macam anak lelaki saya sekarang ni, setiap kali dia mengamuk mesti dia cakap dah, dah, dah.
ARTIKEL BERKAITAN: Sisi gelap Roblox terserlah, adik perempuan umur 10 tahun semakin biadab! Suka mencarut, langsung tak hormat mak ayah
ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”
"Masa saya tengah sedut hingus dia sebab asyik meleleh, dia menangis dan cakap... bu dah, dah bu, dah," ujarnya di Thread.
Baginya, 'penemuan' baharu itu memberi pengalaman yang mengujakan seterusnya menyerlahkan kepintaran anaknya seiring perkembangan usia.
- Wanita terhibur lihat anak tiru reaksinya ketika tantrum.
- Anak menyebut “dah, dah, dah” setiap kali marah, sama seperti ibunya.
- Dia sedar anak mencerminkan tindakannya ketika menyedut hingus.
- Netizen kongsi pengalaman anak kecil mudah meniru sikap ibu bapa.
- Ramai beri nasihat cara betul tangani tantrum tanpa beri reaksi berlebihan.
Meskipun gembira dengan perkembangan tingkah laku anaknya itu, namun dia tertanya-tanya sama ada cara reaksi tersebut wajar atau sebaliknya.
Susulan daripada itu, warga maya tampil berkongsi pengalaman masing-masing di samping nasihat dan pandangan tentang cara untuk memberi reaksi apabila anak tantrum.

Warga maya turut berkongsi pengalaman anak masing-masing.
"Cakaplah yang baik-baik sebab anak di usia ni macam span, saya selalu berpura-pura menangis sebab nak tahu reaksi anak-anak.
"Saya hantar anak ke taska, tapi banyak juga tingkah laku saya yang dia tiru seperti peluk ketika menangis.
"Kalau anak saya tidak, makin dipujuk makin kuat dia menangis. Jadi saya biarkan dia mengamuk dulu sampai cool sendiri," demikian reaksi netizen.


