suria

Warga emas berpencen dipaksa cari pendapatan, anak tegur nafkah ibu masih tanggungjawab bapa - “Nak cadang kerja ringan boleh kan?”

Warga emas mengimpikan waktu rehat yang tenang dan selesa di akhir usia mereka. -Gambar hiasan AI

MEREKA yang meniti usia emas pasti mengimpikan ketenangan dan keselesaan untuk berehat bersama keluarga.

Namun realitinya, terdapat segelintir individu yang kurang bernasib baik kerana masih perlu membanting tulang untuk menyara keluarga seperti lelaki berusia 62 tahun ini.

Lebih menambah rasa pilu apabila dia diminta untuk bekerja oleh anak-anaknya meskipun memiliki wang persaraan.

Kisahnya itu dikongsikan seorang pelayar Thread yang beranggapan tindakan anaknya sebagai tidak prihatin.

"Ayah juga manusia, lama dah dia bekerja untuk hidupkan keluarga dia.

Mereka yang sudah berusia sukar diambil bekerja atas faktor kesihatan. -Gambar hiasan AI

Mereka yang sudah berusia sukar diambil bekerja atas faktor kesihatan. -Gambar hiasan AI

"Apabila satu hari dia penat, nak berehat... tapi isteri dan anak pula mengeluh," luah wanita ini yang prihatin dengan nasib dialami warga emas terbabit.

Pada masa sama dia berkongsi tangkap layar hantaran seorang individu yang dipercayai anak kepada warga emas berkenaan.

Berdasarkan hantaran yang dibuat, individu tersebut menyatakan dia bukanlah enggan membantu bapanya.

Bahkan katanya, dia dan adik beradik yang lain sering menghulurkan sumbangan setiap bulan bagi menampung perbelanjaan ibu dan bapa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kongsi cara halus majikan singkirkan pekerja veteran, pindah ke jabatan ‘kerja berat’ - “Mereka buat sampai berhenti sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri anak-anak tak ambil peduli, warga emas daftar masuk rumah orang tua... Reda bibik lebih disayangi

Namun bagi individu ini, bapanya harus bekerja kerana perlu menunaikan tanggungjawab untuk menafkahi ibunya.

"Salah tak kalau suruh ayah aku cari kerja, dia dah pencen umur 62 tahun.

"Bukan anak-anak tak boleh tolong tapi nafkah dan tanggungjawab pada mak aku masih ada kan?

  • Warga emas 62 tahun diminta anak bekerja semula walaupun sudah pencen.
  • Pelayar Thread anggap tindakan anak tidak prihatin terhadap kesihatan ayah.
  • Anak dakwa ibu masih perlukan nafkah, sebab itu ayah perlu kerja ringan.
  • Netizen simpati, kata usia persaraan sepatutnya masa untuk berehat.
  • Ramai kongsi pengalaman sama dan kritik anak-anak yang tidak berbakti.

"Anak-anak tiap bulan ada je hulur, cuma mak aku kadang-kadang meluah... ayah aku sihat tapi kaki tak kuat sikit.

"Nak cadangkan kerja ringan-ringan pun boleh kan?" ujarnya cuba mendapatkan pandangan netizen.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib warga emas itu. 

Warga maya turut bersimpati dengan nasib warga emas terbabit.

Warga maya turut bersimpati dengan nasib warga emas terbabit.

Ramai yang berpendapat usia persaraan seharusnya menjadi masa untuk berehat, bukan dipaksa bekerja meskipun tenaga masih ada.

"Anak-anak memang tak ada niat berbakti pada orang tua ke? Usia 62 tahun, mana ada tempat nak ambil kerja.

"Perkara ni terjadi dalam keluarga aku sendiri, ayah saudara aku usia 70 tahun ada pencen askar tapi isteri dia kerah suruh cari kerja.

"Mak ayah saya dah tak kerja pada usia 62 tahun dan 64 tahun, mereka sepatutnya bersenang lenang di rumah je," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain