TIADA siapa yang mahu menghabiskan sisa hidup bersendirian, lebih-lebih lagi apabila usia semakin lanjut dan kudrat kian terbatas.
Namun, itulah nasib seorang wanita warga emas yang terpaksa memilih untuk tinggal di sebuah pusat jagaan orang tua, lantaran anak-anak tidak lagi mengambil peduli selepas mempunyai kehidupan sendiri.
Kisah sedih wanita tersebut dikongsikan seorang individu, dipercayai pekerja di sebuah pusat jagaan orang-orang tua, sebagai pengajaran untuk dijadikan tauladan buat warga maya.
Pelbagai aktiviti di pusat jagaan orang tua bagi menghiburkan penghuninya. -Gambar hiasan
"Minggu lepas, seorang wanita lewat 70-an datang ditemani pembantu rumah register untuk masuk ke pusat jagaan orang tua kami. Pembantu rumah sudah mahu pulang ke negara asal selepas lima tahun bekerja.
"Lumrah orang tua suka berbual dan nasihat-menasihati. Satu nasihat dia, luangkan masa dengan anak. Dia menyesal tak ada masa dengan anak, serahkan sepenuhnya pada bibik.
"Sekarang tiga-tiga anak dia tak pulang melawat dia tapi ke Indonesia melawat bibik. Dia terasa tapi dia kata itu silap dia," tulis individu berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: 8 anak hantar mak ke rumah orang tua, seorang pun tak pergi jenguk! Si ibu tak pernah burukkan zuriat sendiri hingga akhir hayat
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah lepas tangan, suruh anak kerja sambil jaga nenek di kampung! Ibu, bapa saudara pun sokong... Tak payah bersusah jaga orang tua
Menurutnya lagi, wanita tersebut mengakui dia dan arwah suaminya terlalu sibuk dengan kerjaya ketika muda hingga tidak meluangkan masa bersama anak-anak.
Apa yang lebih memilukan, wanita itu memberitahu dia tidak mengingati nombor telefon anak-anaknya kerana terlalu lama tidak berhubung.
Wanita warga emas terpaksa tinggal di pusat jagaan kerana anak-anak tidak lagi peduli.
Wanita lewat 70-an itu ditemani pembantu rumah untuk mendaftar masuk ke pusat jagaan orang tua.
Dia kesal tidak luangkan masa dengan anak-anak ketika muda kerana terlalu sibuk dengan kerjaya.
Dia terasa dengan tindakan anak-anak namun mengakui semua adalah kesilapannya sendiri.
Netizen mengingatkan agar ibu bapa tidak terlalu mengejar kerjaya hingga mengabaikan hubungan dengan anak-anak sejak kecil.
"Sekarang suami dah tak ada, anak-anak berjaya, dia tinggal sendiri. Cuma dia bernasib baik sebab ada duit sendiri dan income rumah sewa untuk bayar kos dekat rumah orang-orang tua.
"Dia kata dia tak ingat dan tak tahu contact number anak-anak dia. Tapi pembantu rumah ada bagi kami. Kami hubungi dan tinggalkan WhatsApp, dah hampir empat hari belum berbalas.
"Tak perlu judge sesiapa sebab kita tak tahu apa yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Yang baik kita jadikan tauladan," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati dan sebak membaca kisah tersebut.
Sebahagian daripada komen netizen.
Malah rata-ratanya mengakui kisah berkenaan memberi tamparan hebat, khususnya kepada ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya.
"Dalam kes macam ni, kena dengar penjelasan daripada anak-anak pula.
"Nasib baik dia mempunyai harta. Sekurang-kurangnya pada usia tua, hidupnya masih terbela.
"Mujur ada pusat jagaan orang tua. Bagi saya lebih baik dia tinggal situ daripada stay dengan anak-anak tapi limited kasih sayang... buat hati tak senang," demikian antara komen netizen.


