SEORANG isteri meluahkan rasa kurang senang dengan sikap rakan sekerja wanita suaminya yang dianggap tidak sensitif dalam menjaga batas pergaulan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, pengadu berkata wanita berkenaan begitu berani mengajak suaminya untuk bersarapan berdua-duaan.
Menyedari situasi itu boleh mengundang fitnah, pengadu berkata suaminya mengajak seorang lagi rakan untuk turut serta sarapan bersama.

Lelaki dan wanita perlu menjaga batas di tempat kerja. -Gambar hiasan
"Rakan sekerja suami yang tak berapa rapat tapi satu pasukan ajak suami saya breakfast berdua. Bukan dia tak tahu tu suami orang.
"Dia ajak suami saya je. Tapi suami takut jadi fitnah, dia ajak la kawan lagi seorang. Suami saya sampai kedai dulu jadi dia duduk di meja (bentuk) petak.
"Apabila perempuan tu sampai, dia duduk di tepi, paling dekat dengan suami saya. Masa ni perempuan tu ingat mereka makan berdua je sebab kawan seorang lagi tu dalam perjalanan," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja wanita suka gesel-gesel badan, acah terlanggar walau tak sempit - “Kita ni jaga batas, sangat tak selesa”
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cemarkan nama Islam” - Wanita kecewa rakan sekerja ambil masa lama solat di surau, sudahnya kerja tak siap
Jelas pengadu lagi, wanita tersebut sempat berdua-duaan meluangkan masa bersama suaminya sebelum individu ketiga sampai untuk sarapan bersama.
Lebih mengejutkan, wanita itu sempat mengambil gambar suaminya sedang makan, sehingga kelihatan seperti pasangan yang sedang bercinta.
"Dah macam orang tengah dating je. Adakah perkara ni normal dalam kalangan kawan-kawan pejabat? Atau saya kuat cemburu?
- Seorang wanita tidak senang apabila suaminya diajak sarapan berdua oleh rakan sepejabat perempuan.
- Suami bimbang jadi fitnah lalu ajak seorang lagi rakan.
- Rakan sekerja itu duduk bersebelahan dan sempat mengambil gambar suami, kelihatan seperti pasangan bercinta.
- Si isteri menganggap tindakan itu tidak wajar kerana boleh menimbulkan salah faham.
- Netizen pula berpendapat suami sepatutnya menolak ajakan tersebut kerana tetap boleh mengundang fitnah.
"Kalau saya jadi dia, tak berani ajak lelaki tak rapat terutama sekali suami orang pergi makan kemudian duduk dekat-dekat... takut jadi fitnah.
"Nanti isteri orang tu berkecil hati. Kalau makan ramai-ramai tu biasa la. Cantik terletak je cincin di jari suamiku dalam gambar dia tangkap tu," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsi rasa sambil memberi pendapat masing-masing.

Antara komen netizen di media sosial.
Salah seorang netizen turut menyalahkan suami pengadu kerana menerima ajakan tersebut.
"Kalau saya la kan, saya marah suami sendiri dulu. Kenapa terima? Atas alasan apa sekali pun tetap boleh jadi bahan fitnah.
"Dia ajak kawan lambat sampai siap boleh ambil gambar. Nampak tak? Ada kebocoran untuk jadi bahan. Mujur lambat sampai.
"Kalau kawan tadi tak jadi makan bersama sebab ada hal macam mana? Pesan pada suami tak perlu jadi gentleman dengan bukan mahram. Cukup sekadar hormat," ujar seorang netizen.


