RAMAI pelajar memasang impian untuk melanjutkan pengajian ke universiti demi masa depan yang lebih cerah.
Di Thread, seorang pelajar meraih perhatian selepas meluahkan kekecewaannya yang gagal terpilih untuk masuk ke sebuah universiti.
Menurut pelajar itu, keputusan permohonan yang diumumkan pada Jumaat membuatkan impiannya untuk membanggakan ibu bapa kini lebur.

Pelajar pastinya teruja untuk memulakan kehidupan baharu di kampus. -Gambar hiasan
"Mengubah nasib keluarga tidak akan pernah tercapai, apatah lagi membawa ibu bapaku ke pentas.
"Sekian daripada saya manusia yang putus harapan," tulis remaja itu.
Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik tangkap layar keputusan permohonan berkenaan.
- Pelajar kecewa selepas gagal diterima masuk ke universiti awam, sekali gus memadamkan impian untuk membanggakan ibu bapa.
- Dia berkongsi tangkap layar keputusan permohonan yang dibuat pada Jumaat.
- Netizen beri kata-kata semangat agar pelajar itu tidak berputus asa dan mencuba untuk membuat rayuan.
- Ada juga yang menyarankan alternatif lain seperti menyambung pelajaran di institusi swasta.
- Selain itu, netizen turut menggalakkan pelajar tersebut untuk bekerja dan menyimpan wang terlebih dahulu sebelum menyambung pengajian pada masa depan.
"Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya dalam permohonan ke Universiti Awam bagi Sesi Akademik 2025/2026.
"Keputusan adalah muktamad. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline," menurut tangkap layar itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberi kata-kata semangat buat remaja itu agar dia tidak putus harapan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak dapat tawaran masuk UM tapi lebih minat ACCA... Ibu sukar nak 'lepas' IPTA, bimbang silap buat keputusan
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 5C dalam SPM, permohonan UPU gagal... Gadis sedih mak ayah anggap diri bodoh, patut bangga sebab ‘result’ percubaan lebih teruk
Malah kata netizen, terdapat banyak lagi alternatif lain yang boleh dicuba sekiranya gagal dalam permohonan pertama.
"Awak jangan putus asa. Masih boleh cuba untuk rayuan. Saya dulu pun kena reject UPU sebab salah isi.
"Tenang. Saya ditolak juga dulu. Buat rayuan, dapat second intake," tulis beberapa netizen.

Pelajar cemerlang pastinya mempunyai sasaran yang mahu dicapai. -Gambar hiasan
Ada juga netizen yang memberi saranan kepada pelajar itu untuk terus bekerja dan menyimpan duit sebelum kembali menyambung pengajian suatu hari nanti.
"Jangan macam tu dik. Hidup ni panjang lagi. Cuba pergi mohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
"Banyak lagi jalan untuk berjaya. Contohnya bekerja dan simpan duit untuk study next time," tulis netizen.


