suria

Dapat gaji pertama, mak minta semua! Lepas 32 tahun baru wanita ini faham erti berkat - “Saya ingat benda ni dongeng”

Sebahagian kecil gaji biasanya akan diberikan kepada ibu bapa. -Gambar hiasan

GAJI pertama biasanya dibelanjakan untuk perkara bermakna seperti memberi sebahagiannya kepada ibu bapa atau meraikan diri sendiri.

Di Thread, tular kisah seorang wanita yang diminta untuk menyerahkan keseluruhan jumlah gaji pertama kepada ibunya.

"Gaji pertama, mak kata serahkan semua untuk ambil berkat. Dah la belum ada simpanan, suami pula masih belum kerja.

Doa seorang ibu penting dalam mengiringi perjalanan kerjaya anak. -Gambar hiasan AI

"Macam mana ni? Tapi saya tak persoal, bagi je la gaji sebulan," ujarnya sambil menambah peristiwa itu berlaku pada tahun 1993.

Menurut wanita itu, dia melihat pemberian berkenaan sebagai satu keberkatan sehingga dia mampu melalui pelbagai dugaan dalam pekerjaan.

"Saya survived dua kali VSS (Skim Pemisahan Sukarela) pandemik, dipaksa berhenti dan macam-macam lagi.

  • Gaji pertama biasanya dibelanjakan untuk perkara bermakna termasuk diberi kepada ibu bapa.
  • Seorang wanita dedah ibunya minta keseluruhan gaji pertamanya pada tahun 1993.
  • Dia percaya pemberian itu membuatkan dia kuat hadapi cabaran kerjaya termasuk VSS dan pandemik.
  • Ada juga netizen kongsi pengalaman sama, beri gaji pertama kepada ibu bapa untuk membahagiakan mereka.
  • Namun, sebahagian lain tidak setuju kerana dianggap membebankan dalam situasi ekonomi semasa.

"Sampai hari ini, memang berkat tu masih mengalir. 32 tahun yang lampau, saya ingat benda ni dongeng. 

"Tapi hari ini, saya beritahu semua intern untuk beri gaji pertama kepada mak ayah mereka. Saya sebak," tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat individu yang mendedahkan mereka turut melakukan hal sama sejurus menerima gaji pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji RM7,000 kongsi sisi hitam flat B40... 15 tahun hadap jiran masak ketum, kaki gaduh sampai kena lapor polis

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan tak bagi orang gaji guna Wifi rumah, suruh pakai data... Pekerja lain gaji RM1,500 semua keperluan kena bayar sendiri

"Saya pun bagi semua gaji pertama dekat mak ayah sebab saya nak gunakan ia dengan bermakna.

"Mak ayah saya dengan gembiranya guna duit tu untuk ke Cameron Highland dan Terengganu. Seronok tengok mereka enjoy hidup," tulis seorang lagi wanita.

Namun, terdapat beberapa individu di ruangan komen yang tidak bersetuju dengan tindakan itu, apatah lagi dalam situasi ekonomi hari ini.

Story on Wave credit and debit card. RAYMOND OOI/ The Star

Berbelanja untuk keluarga memberi kepuasan kepada anak yang baru melangkah ke alam kerja. -Gambar hiasan

"Saya tertanya-tanya, kalau dah bagi semua gaji, macam mana awak teruskan hidup untuk beli makanan, sewa dan pengangkutan?

"Ini toxic positivity. Dengan nak belanja sara hidup sendiri pun susah, ni bagi semua dekat mak ayah.

"Maaf. Zalim ya minta semua gaji anak," tulis beberapa netizen lagi.

Artikel Lain