suria

Tergesa-gesa nak main ‘game’ Dota, suami tampar muka isteri depan anak! Siap tekup mulut dengan kain suruh berhenti menangis

Mencederakan pasangan adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

MALANG menimpa seorang wanita apabila dia mendakwa dipukul suami sendiri hanya kerana isu kecil di rumah.

Katanya, pertengkaran tercetus ketika dia sedang mencuci lantai dapur sebelum suaminya datang membawa anak berusia setahun tujuh bulan untuk disusukan.

Akur dengan permintaan suami, dia kemudiannya memberitahu supaya menunggu sebentar sementara dia menyudahkan urusannya.

"Saya tengah cuci lantai dapur dan cuma nak bilas je. Saya tak dengar anak menangis sebab ada dekat bilik air. Dia datang bawa anak kami suruh bagi baby tidur.

Menguruskan rumah tangga adalah tugasan bersama. -Gambar hiasan

"Saya cakap okay, tapi tunggu sekejap sebab nak 'tarik' (bilas) air. Masa tu betul-betul dah habis mencuci. Dia cakap tak ada air pun nak ditarik.

"Daripada pandangan mata dia tak ada. Tapi sudut mata saya ada dan memang saya tarik dua hingga tiga kali je air tu sebab dah betul-betul habis cuci.

"Tapi dia dah tak sabar nak bagi anak dekat saya," ujarnya menerusi Thread.

Jelas wanita itu, suaminya begitu tergesa-gesa memberikan bayi kepadanya kerana mahu menyambung permainan video Dota.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuak lihat isteri menggila tendang pintu, jerit sampai jiran dengar! Suami serik, cukup cuma sekali buat ‘silent treatment’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gempal damba nafkah batin, rindu dibelai! Dah cuba pikat, pakai 'perfume' pun suami tak bernafsu- "Peluk kena marah"

Keadaan bertukar menjadi lebih tegang apabila wanita itu mengambil sedikit masa untuk menghilangkan dahaga setelah penat mencuci lantai.

"Saya cakap sekejap nak minum air sebab dah dekat dapur. Tapi dia tak sabar, dia geram dan terus marah saya dengan kata jangan cabar dia.

"Saya macam... ya Allah, aku nak minum air je pun, apa yang cabarnya.

"Suami tetap 'hangin' (marah) Saya pun hangin la balik. Kami pun lawan bertekak. Lepas tu dia cengkam tangan saya kuat gila... sakit," jelasnya.

  • Wanita mendakwa dipukul suami ketika sedang mencuci lantai dapur di rumah.
  • Suami dikatakan tidak sabar kerana mahu bermain game Dota lalu mahu cepat menyerahkan anak.
  • Pertengkaran berlaku apabila isteri minta sedikit masa untuk selesaikan kerja.
  • Wanita itu dicengkam tangan, ditampar dan mulutnya ditekup dengan kain.
  • Netizen menasihatkan mangsa segera buat laporan polis serta dapatkan rawatan.

Pertengkaran bertukar menjadi lebih serius apabila si suami bertindak mencederakan pengadu.

"Masa tu baby dah ada atas riba. Dia tampar muka saya. Automatik saya menangis kuat gila. Memang tak boleh tahan, dia marah saya menangis, dia suruh saya berhenti teriak.

"Dia tak nak saya menangis, dia terus ambil kain tekup mulut saya. Dia cengkam tangan saya dengan sangat kuat. Betul-betul kuat sampai sakit sangat," ceritanya lagi.

Sebahagian komen netizen pada hantaran asal.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatkan wanita berkenaan agar segera membuat laporan polis.

"Pergi buat laporan polis. Kalau awak masih ada mak ayah, beritahu mereka juga. Celaka, sebab nak main game, mengamuk dekat anak bini sampai macam tu.

"Jangan tunggu kejadian naik tangan lagi baru nak ambil tindakan. Pergi klinik, dapatkan laporan kesihatan dan lapor pada polis.

"Sekarang awak (kena pukul), esok lusa anak pula kena. Fikir panjang sis," komen beberapa netizen.

Artikel Lain