SETIAP perkahwinan pasti ada pasang surutnya, termasuklah pertengkaran yang kadang kala sukar untuk dielakkan.
Di Threads, seorang wanita meraih perhatian ramai apabila berkongsi kisah dirinyayang pernah mengamuk gara-gara sikapsuami.
Menurutnya, dia naik anginkerana geram dengan sikap lelaki itu yang membisu, enggan berkomunikasi ketika berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.

Ramai suami memilih untuk diam ketika bergaduh dengan isteri. -Gambar hiasan
"Pertama kali aku jadi gila masa dia bagi aku silent treatment. Aku mengamuk nak balik rumah mak ayah aku yang jauh lebih 400 kilometer tu.
"Aku menjerit tak fikir jiran, aku tentang pintu banyak kali. Sejak daripada tu, laki aku tak berani kacau mental aku.
"Setiap kali dia nampak aku mula nak mental-mental, cepat-cepat dia peluk tenangkan aku," tulis wanita itu.
- Seorang wanita cerita pengalaman pernah mengamuk kerana suamiberi 'silent treatment'.
- Dia menjerit, tendangpintudan mahu pulang ke rumah ibu bapanya walau jauh.
- Sejak itu, suamitidak lagi berani mainkan emosinya.
- Seorang lagi wanita pulang ke kampung bersama anak sebagai tanda protes terhadap suami.
- Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang sokong dan ada yang anggap ia keterlaluan.
Menurutnya lagi, kisah itu sudah lama berlaku dan mereka kini semakin bijak mengawal emosi masing-masing.
Di ruangan komen, seorang lagi wanita mendedahkan dia juga pernah bertindak berani bagi memberi pengajaran terhadap suaminya.
"Suami saya dah tak berani buat silent treatment. Dulu dia buat dua minggu. Saya bawa anak balik kampung, memandu dua jam.
ARTIKEL BERKAITAN:Berbulan suami merajuk gara-gara status WhatsApp, isteri tak putus asa minta maaf - “Ex saya lagi bagus dari kau la”
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri tak mahu salam suami, merajuk dipanggil ‘babi’ gara-gara tak kejut bangun tidur - “Mana boleh pegang, haram”
"Dia balik kerja, dia terperanjat kami tiada di rumah. Terus dia gerak balik kampung. Saya cakap, sekali lagi dia buat, saya 'angkut' anak ke mahkamah.
"Sejak kejadian itu, kalau kami bergaduh pun tak sampai dua jam," kongsi wanita itu pula.
Perkongsian wanita-wanita itu menerima pelbagai komen termasuklah yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

Bergaduh merupakan lumrah dalam rumah tangga. -Gambar hiasan
"Jadi setiap kali (bergaduh) kamu akan naik gila dan harapkan suami untuk tenangkan?
"Ketahuilah, diamnya suami bukan bererti dia happy tapi dia reda dan tak nak isteri berterusan berdosa pada si suami.
"Betullah, ramai isteri komen, kena jadi 'gila' baru perkahwinan sejahtera," tulis beberapa netizen.


