suria

Isteri tak mahu salam suami, merajuk dipanggil ‘babi’ gara-gara tak kejut bangun tidur - “Mana boleh pegang, haram”

Pertengkaran suami isteri yang berlarutan dalam tempoh yang lama boleh merosakkan hubungan. -Gambar hiasan AI

PERTENGKARAN kecil dalam rumah tangga biasanya akan menjadi punca kepada pergaduhan besar jika kedua-dua pihak terlalu mengikut emosi.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita, kata-kata yang keluar daripada mulut suaminya sewaktu dia dimarahi masih berbekas sehingga ke hari ini.

Menurut ceritanya, segalanya bermula apabila dia cuba mengejutkan suaminya untuk bangun awal ke tempat kerja kerana terdapat mesyuarat penting.

Keganasan rumah tangga sesuatu yang menakutkan para isteri. -Gambar hiasanKeganasan rumah tangga sesuatu yang menakutkan para isteri. -Gambar hiasan

Bagaimanapun sikap suaminya yang 'liat' untuk bangun tidur menyebabkan dia terlewat ke tempat kerja.

"Laki aku marah sampai panggil aku babi.

"Kemudian dia minta maaf. Tapi aku pula sejenis simpan masuk otak setiap perkataan yang keluar daripada mulut dia," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kisah tindakan maki isteri dirakam, cabar suruh hantar kepada mentua! Sudahnya video viral dapat jutaan ‘views’

ARTIKEL BERKAITAN: Dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami! Terbongkar ramai lelaki sanggup kasari isteri hamil

Tambah wanita itu lagi, ketika suaminya menghulurkan tangan tanda memohon maaf, wanita tersebut berkata dia bertindak membalas dendam dengan tujuan mahu menyakitkan hati.

"Saya kata kat dia mana boleh pegang babi, haram.

"Nanti bagi anak babi tu makan," saya kata kepada suami merujuk kepada anak-anak kami.

Perangai kau dan perangai suami kau lebih kurang je, memang serasi.

NETIZEN

Enggan berputus asa, suaminya sekali lagi memohon maaf dengan bersungguh-sungguh, namun pada masa yang sama mendakwa isterinya psiko.

"Baru kau tahu aku ni psiko macam mana. Celaka punya jantan," kata wanita itu.

Perkongsian berkenaan bagaimanapun mengundang kecaman daripada netizen.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Kau marah suami sebab dia panggil kau babi, tapi kau pun sama je sebab guna perkataan babi pada anak masa marah suami.

"Jadi perangai kau dan perangai suami kau lebih kurang je, memang serasi.

"Maaf cakap la ya. Saya paling tak suka orang mencarut," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain