suria

[V] Mak ayah terkejut tiba-tiba motosikal scrambler versi mini sampai depan rumah… Makin pening diminta bayar RM750!

Seorang kanak-kanak membuat pesanan COD motosikal tanpa pengetahuan ibu bapanya.

SEPASANG suami isteri dikejutkan dengan penghantaran sebuah motosikal scrambler bersaiz mini ke rumah mereka menggunakan khidmat kurier.

Lebih memeningkan kepala apabila mereka diminta membuat bayaran sebanyak RM750 kerana motosikal tersebut ditempah menggunakan kaedah bayar tunai ketika serahan (COD). 

Berdasarkan perkongsian video Azlin Harun di TikTok [Tonton Video], rupa-rupanya pesanan itu dibuat oleh anak-anaknya tanpa pengetahuan dia dan suami.

Penghantar barangan berdepan pelbagai ragam daripada pelanggan. -Gambar hiasanPenghantar barangan berdepan pelbagai ragam daripada pelanggan. -Gambar hiasan

"Anak pesan COD motosikal scrambler. Mak ayah tak tahu apa. Buat hal sungguh dua beradik ni,” kata Azlin.

Bagaimanapun di ruangan komen, wanita itu memaklumkan mereka terpaksa menolak penghantaran itu dengan cara baik kerana harganya terlalu mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga serik buat urus niaga COD, dakwa pelanggan lelaki menyamar jadi wanita niat nak samun

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batal pesanan lepas tiga hari berturut-turut buli abang kurier! Suruh COD tapi keluar rumah, duit pun tak tinggal

“Maafkan kami. Si adik pesan guna telefon Tokma (nenek). Tokma pun tak perasan. Terpaksa pulangkan sebab tak padan dengan harga. 

"Anak pula terus tekan, tak tuntut baucar (diskaun) dulu.

"Kalau motosikal ni guna petrol saya akan beli, tapi yang ni guna bateri. Kalau ikutkan harganya sekitar RM400 sahaja," jelasnya lagi.

Anak saya autism, dia order laptop dengan al-Quran dekat RM3,000... mana nak dapat duit banyak macam tu.

NETIZEN

Dalam pada itu jika ramai menyangka anak-anak Azlin pastinya kecewa kerana cubaan mereka untuk memiliki sebuah motosikal mini gagal, anda sebenarnya silap.

Menerusi perkongsian video berasingan, Azlin berkongsi momen penuh teruja dan gembira apabila dua anaknya itu menerima hadiah sebuah motosikal mini daripada datuk mereka.

"Alhamdulillah rezeki Mat Arariz (nama kanak-kanak), tok wan belanja motosikal scrambler," kata Azlin.

Mengambil iktibar daripada perkongsian Azlin, ramai dalam kalangan netizen menasihatkan agar ibu bapa lebih berhati-hati dan memantau aktiviti anak jika mereka menggunakan gajet.

Reaksi netizenReaksi netizen

Ini kerana ramai juga yang mengakui turut mengalami situasi sama hingga terpaksa memohon maaf kepada pekerja penghantaran apabila barangan yang dihantar menggunakan kaedah COD terpaksa dipulangkan.

"Anak saya belikan beg tangan. Tiba-tiba barang sampai atas nama sendri. Nasib COD harga RM20.

"Anak balik sekolah nampak beg tu dengan selamber dia cakap... itulah beg yang beli untuk ibu.

"Anak saya pesan tiga buah excavator mainan, nasib la boleh pulang.  Harga seunit lebih RM200.

"Anak saya autism, dia order laptop dengan al-Quran dekat RM3,000. Mana nak dapat duit banyak macam tu.

"Nasib boleh batalkan semua yang orang hantar," kata netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain