RAMAI yang takut berdepan dengan individu mempunyai tanda-tanda 'red flag' atau bersikap mencurigakan, lebih-lebih lagi bagi pasangan bercinta.
Begitulah situasi dialami wanita ini yang berkenalan dengan seorang lelaki tetapi pemuda itu terpaksa berhenti kerja atas alasan menjaga ibu bapanya yang sakit.
Menurut wanita itu, dia mula rasa keliru apabila lelaki itu mula meminjam wang daripadanya dengan alasan menghadapi masalah kewangan.

Setiap wanita mengimpikan lelaki baik sebagai pasangan hidup. -Gambar hiasan
"Ekonomi dia agak sempit la sekarang ni dan tak ada ramai adik beradik juga untuk bantu dia. Lepas tu dia minta nak pinjam duit. Tak banyak pun.
"Mampu untuk saya bagi jadi saya bagi (pinjamkan) je la. Sekarang dia ada buat kerja sambilan sambil jaga mak ayah dekat rumah.
"Gaji tak lumayan la berbanding dengan sebelum ini. Masa ambil duit saya, dia janji nak bayar hujung bulan," ujarnya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang - “Saya pula kena mengemis”
ARTIKEL BERKAITAN: Setuju pinjam RM1,000 tapi hanya RM100 masuk akaun! Pemuda cuba jejak ah long, baru sedar kena tipu - “Fikir nak mati je”
Bagaimanapun, lelaki tersebut memberi alasan tidak cukup wang ketika diminta membayar balik pada hujung bulan seperti mana yang dijanjikan sebelum ini.
Lebih membuatkan dia keliru apabila lelaki berkenaan juga tidak keberatan mengeluarkan wang ketika mereka keluar makan bersama dengan membayar bil lebih RM100, sedangkan hutang tidak dibayar.
Sikap yang ditunjukkan membuatkan wanita ini teragak-agak sama ada mahu lebih serius membina hubungan dengan lelaki berkenaan atau sebaliknya.
"Setakat ini baru sekali tu je la (pinjam duit). Tapi ada juga keluar sebelum ini, kadang saya bayar makan. Hajat di hati nak buat jadi satu ikatan sampai sah.
- Wanita berkenalan dengan lelaki yang mendakwa berhenti kerja kerana jaga ibu bapa sakit.
- Lelaki itu pinjam duit daripadanya dengan alasan kesempitan kewangan.
- Dia curiga lelaki itu enggan bayar hutang seperti dijanjikan tetapi mampu belanja makan lebih RM100.
- Wanita ini mengaku mudah simpati dengan alasan 'ibu dan bapa' kerana datang daripada keluarga berpecah.
- Netizen nasihat lebih hati-hati kerana ada individu suka ambil kesempatan.
"Tapi bila fikir balik, entah la. Saya kejam ke? Bila cakap hal mak ayah ni saya mudah simpati. Saya tak ada famili yang cukup macam orang lain.
"Boleh kata saya dari 'broken family'. Sebab tu bila orang bercerita hal mak ayah, saya jadi lembut hati," jelas wanita itu.
Bagaimanapun, ibunya ada menasihatkan supaya dia tidak terburu-buru dalam membuat keputusan sebelum mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam.

Komen netizen pada hantaran asal.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian beberapa individu lain yang memberi ulasan dan cadangan tentang langkah yang boleh dilakukan.
"Lebih berhati-hati. Kadang-kadang ada orang ambil kesempatan dengan kisah keluarga untuk meraih simpati. Apa-apa pun moga dipermudahkan urusan.
"Sebelum 'ikat' (hubungan lebih serius), cuba tengok perangai dulu. Bila awak dah yakin dan ada kepercayaan baru teruskan. Kalau tak, bila dah kahwin lagi terseksa dengan kewangan ni.
"Sudah pasti hari-hari nak bertekak je bila bercakap mengenai masalah kewangan ni," komen beberapa netizen.


