suria

Mak ayah lepas tangan, suruh anak kerja sambil jaga nenek di kampung! Ibu, bapa saudara pun sokong... Tak payah bersusah jaga orang tua

Menjaga orang tua bukan satu tugas yang mudah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berasa simpati mengenangkan nasib rakan sekerjanya yang sering terbeban dengan masalah keluarga.

Katanya, ibu bapa kepada rakan sekerjanya itu meminta anak mereka tinggal di kampung untuk menjaga nenek yang sudah uzur. 

Bukan itu sahaja, ibu dan bapa saudara kepada rakannya itu turut menyuruhnya melakukan tindakan serupa.

Perlu ada kesabaran tinggi untuk memenuhi kehendak keluarga. -Gambar hiasan

"Kau suruh anak kau duduk kampung untuk jaga mak bapa kau. Lepas tu abang dan kakak kau bising bila anak kau duduk rumah kampung tu tapi tak kerja.

"Gesa-gesa dia cari suruh kerja. Lepas tu bila mak kau masuk hospital, budak tu yang kau harap jaga dekat hospital. Habis kerja dia macam mana?

"Abang dan kakak yang ada dekat kampung pun tak boleh nak gilir-gilir (jaga). Macam bodoh. Guilt trip (undang rasa bersalah) anak buah suruh jaga nenek dia," kata wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinjam duit saudara bayar tunggakan kereta, diri jadi modal mengumpat masa raya... Tak siapa pandang pengorbanan jaga atuk, nenek

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun nenek ‘pergi’, cucu kesayangan pula menyusul... Cerita kebaikan arwah undang sebak pasukan urus jenazah

Wanita itu berkata, dia kesal apabila rakannya seolah-olah dijadikan 'kambing hitam' dalam urusan menjaga orang tua. 

Situasi ini bukan sahaja menekan emosi, malah memberi kesan terhadap prestasi di tempat kerja dan masa depannya gara-gara sikap lepas tangan ibu bapa dan saudara mara sendiri.

"Kalau macam tu (harapkan jaga nenek), semua adik beradik pakat la bayar anak buah kau, upah ke untuk jaga mak sakit tu.

  • Seorang wanita simpati rakannya dipaksa oleh mak ayah serta ibu dan bapa saudara untuk tinggal di kampung menjaga nenek.
  • Katanya, tanggungjawab menjaga orang tua tidak diagih dengan adil sesama anak-anak sehingga cucu dijadikan 'kambing hitam'.
  • Situasi itu menekan emosi, menjejaskan prestasi kerja dan boleh gelapkan masa depan rakan.
  • Wanita itu tegaskan, jika keluarga mahu cucu jaga nenek, sepatutnya diberikan upah setimpal.
  • Netizen cadang perbincangan keluarga dan tegaskan tanggungjawab jaga ibu bapa sepatutnya diambil anak-anak.

"Tak pasal-pasal budak tu ada rekod tak baik dekat tempat kerja. Kalau dah kena buang ingat nak cari kerja balik senang ke?" ujarnya lagi.

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasib individu berkenaan.

Dalam pada itu, warga maya turut memberi cadangan tentang langkah yang boleh diambil untuk membela nasib rakannya yang tersepit dalam situasi ini.

"Solusinya dia kena duduk berbincang dengan semua orang. Kenapa kena korbankan masa depan anak buah yang seorang ni sedangkan yang lain lepas tangan?

Komen netizen terhadap hantaran asal.

"Bagi saya, anak buah pun tak berapa cerdik. Kalau saya kena jaga nenek, saya akan 'demand' gaji. Saya akan sound cukup-cukup.

"Bukan tugas cucu untuk jaga datuk atau nenek. Anak-anak 'berderet' tapi semua nak lepas tangan. Mak seorang tapi tak boleh jaga sendiri.

"Kalau nak terasa, silakan. Nak jaga nenek tu boleh tapi berikan upah RM3,000 sebulan baru boleh jaga," komen beberapa netizen.

Artikel Lain