SEORANG wanita melahirkan rasa terkilan dengan sikap suami yang dikatakan terlalu memanjakan adik iparnya dengan wang ringgit walaupun dia sudah berkahwin.
Menurutnya, dia tidak pernah berkira dengan suami dalam soal membantu keluarga mentua tetapi sejak awal perkahwinan adik iparnya itu, suami sering tampil menghulurkan bantuan kewangan.
Jelasnya, bantuan itu bukan setakat wang ringgit, malah suaminya pernah memberikan pelbagai hadiah jauh lebih mahal berbanding apa yang pernah diterimanya sebagai isteri.
Hanya sepotong kek diberikan kepada isteri sempena hari jadi berbanding hadiah ribuan ringgit kepada anak saudara. -Gambar hiasan
"Masa mula-mula adik ipar kahwin, rumahnya tiada televisyen. Masa tu suami tanya boleh ke dia nak belikan, saya okay saja.
"Tapi baru-baru ni saya dapat tahu bukan televisyen saja, mesin basuh pun dia belikan tanpa pengetahuan saya," kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal pakwe kedekut! Banyak berhabis beli hadiah, tempah ‘fine dining’... Setahun bercinta cuma dapat sebungkus teh
ARTIKEL BERKAITAN: Staf terkilan wang sumbangan hadiah hari jadi bos diguna beli arak harga 11K, seorang kena bayar minimum RM30
Tidak terhenti di situ, wanita itu memaklumkan apabila adik iparnya menimang cahaya mata pertama awal tahun ini, suaminya sekali lagi berbelanja besar.
"Masa biras hamil tujuh bulan, suami ada cakap nak beli stroller dan car seat. Saya pun okay je. Tapi yang buat saya merajuk dan terasa hati ialah dia beli dengan harga lebih RM1,000.
"Ulang tahun kelahiran saya beberapa hari sebelum tu, suami belikan sepotong kek saja. Saya ada pesan tahun ni nak berjimat. Tapi apabila dah merajuk dan cakap terasa hati baru dia berikan hadiah," katanya.
- Isteri terkilan suami mahu bayar penapis air untuk adik ipar yang sudah berkeluarga.
- Suami banyak bantu adik ipar termasuk beli TV, mesin basuh, stroller dan car seat.
- Isteri kecewa suami berbelanja besar untuk adik ipar tapi hadiah harijadinya hanya kek.
- Dia sendiri tanggung bil rumah, sedangkan suami lebih utamakan keluarga mentua.
- Netizen nasihat isteri berhenti bayar bil supaya suami fokus pada keluarga sendiri.
Baru-baru ini kata wanita itu, suaminya mahu menanggung bayaran bulanan penapis air untuk adik iparnya.
"Sumpah saya tak faham, bil api air rumah yang kami duduk pun saya bayar sebab nak ringankan beban komitmen bulanan.
"Tapi apabila dia tanya macam tu, dalam hati terdetik miskin sangat ka adik ipar sampai suami nak kena tolong bayarkan? Dia jurutera, biras pula jururawat," katanya.
Menurut wanita itu, dia tidak kisah suaminya mahu membantu kerana selama ini bayaran bulanan internet serta siaran berbayar di rumah mentuanya ditanggung suami.
Namun, apabila hingga ke tahap bayaran penapis air di rumah adik iparnya itu sudah ditahap yang agak melampau.
Reaksi netizen
"Kakak saya sendiri ada lima orang anak, abang ipar kerja gaji RM3,000 saja... tiada pula saya nak bayar komitmen bulanan mereka.
"Saya sampai terfikir kalau adik ipar saya tiada, suami nak tolong sara biras pula ka macam mana?," katanya.
Sementara itu, netizen menyarankan agar pengadu berhenti membantu suaminya membayar komitmen utiliti kediaman mereka.
"Suami awak rasa ada duit lebih sebab dia pun ditolong. Jadi dia bantu orang lain pula.
"Sebab dia pun tak nak guna duit untuk awak, biar dia selesaikan komitmen rumah tangga sendiri.
"Tak faham kenapa adik ipar dan biras awak tu tak menolak ye? Sedangkan mereka mampu untuk bayar sendiri.
"Sibuk nak tunjuk baik tak kena tempat, dahulukn isteri bukan sibuk nak bersedekah dengan orang yang mampu," katanya.


