suria

Semangat pakai baju tema Hari Kebangsaan, murid gigit jari guru tak bagi naik pentas! Lagi kasihan diejek rakan-rakan

Kanak-kanak golongan paling gembira dan semangat meraikan Hari Kebangsaan. -Gambar hiasan

SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa selepas anaknya langsung tidak diberi peluang untuk naik ke pentas dalam pertandingan sempena sambutan Hari Kebangsaan di sekolah.

Dakwa wanita tersebut, anak lelakinya memberikan nama untuk masuk bertanding tetapi pada saat akhir namanya dikeluarkan.

Sebaliknya, pihak sekolah memilih secara rawak 10 murid untuk tampil di pentas, menyebabkan kanak-kanak lain yang pada asalnya turut bertanding 'berputih mata'.

Pakaian tema Hari Kebangsaan yang pernah tular sebelum ini. -Gambar hiasan

Pakaian tema Hari Kebangsaan yang pernah tular sebelum ini. -Gambar hiasan

"Kalau dari awal macam ni baik tak payah minta nama yang nak bertanding. Penat-penat mak pak siapkan anak hujung-hujung naik pentas ragakan pakaian pun tak berpeluang.

"Tak menang tak apa, sekurang-kurangnya bagilah peluang budak-budak dah lawa naik kat pentas ragakan pakaian mereka," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang trend pertandingan pakaian beragam sempena Hari Kebangsaan di sekolah... Mak ayah buat kerja lebih!

ARTIKEL BERKAITAN: Imej juruterbang jet pejuang jadi pilihan juri! Ibu terkejut anak juara, kalah pun OK yang penting ada semangat patriotik

Menurut wanita itu, anaknya hanya mengetahui dirinya tidak tersenarai selepas bertanya sendiri kepada guru dan alasan diberikan adalah pakaian yang dipakai tidak menepati tema tradisional.

Bagaimanapun dia mendakwa, rekaan yang sama tetapi berbeza warna turut dipakai si adiknya yang dipilih naik pentas malah berjaya mendapat tempat pertama.

  • Ibu kecewa anak tak dibenarkan naik pentas pertandingan sempena Hari Kebangsaan di sekolah.
  • Nama anak sudah didaftarkan, tetapi dikeluarkan pada saat akhir.
  • Sekolah pilih 10 murid secara rawak untuk tampil di pentas.
  • Anak sudah siap berpakaian cantik dan berlatih catwalk, namun dipinggirkan.
  • Netizen gesa sekolah lebih adil dan raikan penyertaan semua murid.

“Anak saya dah siap berpakaian cantik, siap praktis gaya catwalk dengan wau besar. Dia semangat nak tunjukkan pakaian, tiba-tiba langsung tak dipanggil naik pentas. Hancur hati budak tu.

"Dia pakai lawa-lawa, kawan ejek pula bila tak dapat naik. Kejam sangat bila semangat budak dipatahkan begitu,” katanya.

Reaksi netizen

Komen pengguna media sosial berhubung perkongsian itu.

Bagi warga maya, rata-rata berpandangan pihak sekolah seharusnya lebih telus serta adil dalam menguruskan sesebuah pertandingan kerana ia melibatkan usaha dan kesungguhan murid.

"Kenapalah sekolah tak nak raikan sahaja anak-anak ni, bukan terus nafikan hak mereka dah bagi nama untuk penyertaan kan.

"Saya penah rasa, kita tak kisah pun tak menang cuma anak nak join dan nak naikkan 'confidence level' dia atas pentas," antara komen netizen.

 

 

 

 

Artikel Lain