BERTEMU jodoh selepas melalui episod penceraian bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Di kala hati menyimpan harapan untuk membuka lembaran baharu, namun realitinya tidaklah seindah yang diimpikan sebagaimana kisah seorang wanita ini.
Menerusi satu perkongsian di laman Threads, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu meluahkan dilema selepas suami menerusi perkahwinan keduanya mula berubah sikap terutamanya daripada segi layanan terhadap anaknya.
Pernikahan bukan sekadar penyatuan dua hati, malah dua buah keluarga. -Gambar hiasan
"Aku kahwin dengan lelaki bujang. Masa mula-mula kenal, dia baik sangat dengan anak aku. Tapi lepas dah kahwin, dia layan anak aku nak tak nak je. Lepas tu kadang-kadang dia tengking anak aku
"Paling aku cemburu, anak buah dia, dia sayang betul sampai sanggup belikan macam-macam," luahnya dalam hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran baru pindah rupanya sedang terseksa, cerita semua sikap buruk suami masa 'house warming' - "Mereka dah 3 bulan kahwin"
ARTIKEL BERKAITAN: Suami manjakan 3 anak buah, tak berkira wang... Lepas dapat zuriat sendiri kakak beri layanan sebaliknya
Menurut wanita itu, dia menyangka lelaki berkenaan adalah calon terbaik untuk menjadi bapa buat anaknya, lebih-lebih lagi kanak-kanak tersebut begitu teruja selepas mengetahui akan mendapat ayah baharu.
Namun ujarnya, tanpa disangka 'belang' sebenar lelaki tersebut mulai terserlah sedikit demi sedikit sehingga membuatkan dia berada dalam dilema.
Seorang wanita dilema selepas berkahwin dengan lelaki bujang, apabila suaminya mula berubah sikap terhadap anak hasil perkahwinan terdahulu, walaupun pada awalnya menunjukkan keprihatinan.
Wanita itu kecewa apabila suami barunya mula melayan anaknya secara dingin, malah kadangkala menengking.
Dia berasa lebih terkilan apabila melihat suaminya melayan anak buah dengan penuh kasih sayang, sedangkan anaknya dipinggirkan.
Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi netizen, kebanyakannya menyokong dan menasihatinya agar mempertimbangkan semula hubungan tersebut demi emosi dan kebajikan anak.
Netizen turut menegaskan bahawa dia sebagai seorang ibu harus berani membuat keputusan.
"Aku kesian dekat anak aku. Sejak kecil dia nakkan kasih sayang seorang ayah. Anak aku apabila dia tahu aku nak kahwin, bukan main suka lagi sebab dia boleh tumpang kasih sayang seorang ayah.
"Tapi rupanya ayah tiri nak tak nak je layan... alasan jangan manjakan, anak aku dah besar. Lepas tu cakap anak aku perangai tak baik. Kalau terjadi dekat korang, korang buat apa? Stay (terus bersama) atau tinggalkan," tulisnya lagi.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian netizen yang tampil memberikan reaksi yang pelbagai.

Rata-rata netizen menyarankan wanita berkenaan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung perkahwinan barunya itu.
Selain meluahkan rasa simpati dan memahami situasi yang dihadapi oleh wanita tersebut, ada antara mereka yang menasihatkannya agar tidak mengabaikan perasaan anak dan menegaskan bahawa tiada kompromi apabila melibatkan emosi serta kebajikan zuriat sendiri.
"Sis yang lahirkan dia. Suami tak ada hubungan darah, hanya ikatan perasaan je. Bila-bila masa je dia boleh buang sis. Jadi tepuk dada, tanya akal fikiran.
"Tinggalkan. Anak kita, maruah kita. Jika dia berperangai begitu itu tandanya dia tidak menghormati maruah kita.
"Dia nak awak sorang je sebenarnya, tak nak anak awak sekali," komen netizen.


