ISU keganasan rumah tangga berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara yang adakalanya langsung tidak boleh diterima akal.
Di Threads, seorang individu berkongsi kisah menyayat hati dialami jirannya yang baru tiga bulan berkahwin dan berpindah ke situ.
Sewaktu menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan, barulah terbongkar bahawa jirannya itu berdepan masalah keganasan rumah tangga dan selama ini hidup derita gara-gara sikap suami.

Banyak dugaan perlu dihadapi golongan wanita yang bergelar isteri dan ibu. -Gambar hiasan
"Malam tadi pergi kenduri rumah jiran baru berpindah ke sini, baru tiga bulan kahwin, lepas makan borak la dengan isteri dia.
"Sumpah aku terkejut, tak sangka pertama kali jumpa dia dah meluah sebanyak tu dekat aku," kata wanita berkenaan memulakan cerita.
Menurut wanita itu, jirannya mendakwa dirinya hidup terseksa gara-gara sikap suami dan dia juga baru sahaja dimaki 'bodoh' dan 'babi' oleh suami di hadapan tetamu yang hadir di majlis itu.
Jelasnya, pasangan berkenaan berstatus janda dan duda, serta masing-masing sudah memiliki tiga anak dan tinggal bersama mereka.
Bagaimanapun suami didakwa sering melayan buruk anak-anak tiri, berbeza dengan layanan yang diberikannya terhadap anak suami dengan bekas isteri.
"Anak perempuan tu yang kecil umur 4 tahun merengek masa nak makan, normallah tu kan.
"Datang si laki tak guna tu ambil air segelas simbah muka anak tiri dia sampai lemas-lemas budak tu, aku yang dengar pun panas hati," katanya.
Bukan itu sahaja, di sebalik kemeriahan majlis yang dianjurkan, dia tidak menyangka terdapat juga kisah sedih yang berlaku.
Jirannya mendakwa, walaupun baru seminggu berpindah ke situ suami sudah sibuk mahu mengadakan majlis kesyukuran tetapi enggan mengeluarkan belanja untuk membayar katerer.
"Yang penat bini dia dari 5 pagi buat persediaan memasak, ajak tempah katering tak nak lagi sanggup menyusahkan bini," ceritanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah ‘burn out’, hanya mampu meraung dalam kereta disaksikan anak kecil... Fikiran teringat ibu di kampung
ARTIKEL BERKAITAN: Suami berani naik tangan pukul isteri, depan mak ayah uzur pun pernah! Wanita akhirnya fail cerai tunjuk bukti badan lebam-lebam
Bercerita lanjut, dia berkata suaminya kenal dan berkawan dengan pasangan wanita itu, justeru mengetahui serba sedikit tentang perkahwinannya terdahulu yang gagal dipertahankan.
"Sebelum pergi majlis tu ada laki aku bercerita tentang kawan dia tu tapi Alhamdulillah mungkin sekarang dah berubah sebab anak-anak dengan 'ex wife' dia ambil jaga.
"Masa balik (kenduri) tu laki aku tanya kenal ke dengan 'wife' dia sebab nampak kami rapat betul, aku pun apa lagi terus cerita kawan dia tu sebenarnya tak berubah pun.
"Baran terus laki aku sampai dia suruh aku cakap kat budak tu minta fasakh sebab laki jenis macam tu memang tak kan berubah jadi tak payah tunggu-tunggu," katanya.
- Seorang wanita hadir kenduri di rumah jiran yang baru berpindah di kawasan itu.
- Alangkah terkejutnya, isteri tuan rumah membuat sesi luahan rasa, dakwa alami keganasan rumah tangga walau baru tiga bulan kahwin.
- Masing-masing mereka berstatus duda dan janda, dengan tiga anak.
- Tuan rumah itu adalah kenalan suaminya dan sudah 'masak' dengan perangainya
- Dia disangka sudah berubah namun sangkaannya meleset
- Dia berpesan kepada mangsa agar segera bertindak jika perkara tak diingini berlaku.
Selepas meluahkan perasaan, jiran akhirnya mengakui dirinya tersilap memilih pasangan hidup.
"Dia kata, kalaulah dia tahu, mesti dia tak akan kahwin.
"Kesiannya weh, bila tersalah pilih laki. Sebelum kahwin, wayang habis. Lepas kahwin, terus tunjuk perangai sebenar. Setannya la laki macam ni."
Bukan itu sahaja, lelaki itu dikatakan terlampau cemburu dan mengongkong isterinya daripada bersosial di luar rumah.
"Suami dia tu kuat cemburu. Lepas kahwin je, terus dia kena berhenti kerja. Elok ada pendapatan sendiri, terus tak ada.
"Nak melawa, pakai mekap apatah lagi. Muka memang kena 'togel', pakaian pun serupa mak-mak je," katanya.

Pengorbanan isteri dalam menguruskan rumah tangga perlulah dihargai oleh suami. -Gambar hiasan
Menyedari jirannya memerlukan perhatian dan sokongan, dia menitipkan pesanan agar wanita tersebut terus bertindak sekiranya suami bertindak di luar kawalan.
"Aku sebagai perempuan ni juga pesan dekat dia, jangan sampai mengandung. Aku ingatkan dia supaya ambil pil perancang. Alhamdulilah, memang dia ambil diam-diam katanya.
"Walaupun pesanan kita nampak macam tak baik, tapi memang perlu untuk kes macam ni. Siapa lagi nak sayang diri kita, kalau bukan diri kita sendiri," tegasnya.


