suria

Suri rumah ‘burn out’, hanya mampu meraung dalam kereta disaksikan anak kecil... Fikiran teringat ibu di kampung

Pengorbanan kaum Hawa tidak wajar dipandang enteng. -Gambar hiasan

HIDUP seorang manusia tidak akan pernah lekang daripada diuji, ada kalanya di atas atau di bawah.

Sesekali kehidupan seseorang itu akan menjunam ke titik terendah dan pada masa ini kekuatan dalam diri akan benar-benar teruji.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita yang juga suri rumah sepenuh masa meluahkan rasa lelah dengan corak kehidupannya.

Suri rumah tidak menang tangan untuk menguruskan rutin. -Gambar hiasan

Malah lebih menyayat hati apabila wanita itu dikatakan mengalami gangguan emosi ketika sedang bersiar-siar di luar rumah akibat stres melampau.

"Kejadian semalam, ketika itu aku sedang di dalam kereta dengan anak yang berumur setahun. Masa ni suami aku turun sekejap pergi beli ayam goreng di gerai.

"Tiba-tiba, entah macam mana air mata aku mula keluar mencurah-curah. Mungkin sebab aku terlalu penat, daripada segi mental dan juga fizikal. Aku bukan menangis biasa, aku siap meraung-raung, dah macam orang gila.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah terkedu guru tak dikenali tiba-tiba luah emosi! Rasa gagal jadi ibu, sukar fokus didik anak sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami minta diberi wang setiap kali isteri mahu balik rumah ibu, ‘bayaran’ sebab tiada siapa nak uruskan makan pakai

"Ketika aku menangis tu, aku luahkan segala-galanya yang terbuku di dalam hati ni. Aku panggil mak aku yang nun jauh di selatan tanah air... umi, tolong adik. Berkali-kali aku ulang, hanya anak aku menjadi saksi.

"Kehidupan sebagai suri rumah ni 'berat', pada waktu sama aku perlu menjadi ibu kepada dua orang anak kecil. Nak minta sijil cuti sakit (MC) tak boleh, nak resign tak boleh, aku kena sentiasa bekerja," ujar wanita itu keletihan.

Aku bukan menangis biasa, aku siap meraung-raung... dah macam orang gila.

PENGADU

Melewati ke ruangan komen, segelintir warga maya memberikan kata-kata penguat semangat kepada wanita itu.

"Sentiasa utamakan kesihatan awak dulu sebelum orang lain. Kalau penat, rehat, jangan paksa diri. Mungkin sekarang anak masih kecil, itu yang awak rasa terbeban, nanti anak dah besar sikit, awak akan semakin banyak masa untuk diri sendiri.

"Peluk sis, apa yang awak tengah alami sekarang ni relevan je, setiap orang ada penat masing-masng. Tak boleh nak cakap yang cabaran awak mudah," kata warga maya.

Pelayar bertukar pandangan.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang memperlecehkan luahan hati wanita itu.

"Kira bersyukur la awak boleh fokus sepenuhnya jadi suri rumah, ada wanita di luar sana yang perlu bahagi masa antara kerjaya dan keluarga. Itu baru betul tak cukup masa.

"Jangan layan sangat perasaan manja tu sis, cuba tengok orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita, baru kita ada akal," demikian ujar pelayar.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain