suria

‘Sakit mata’ ada wanita suka keluar sarapan pakai baju tidur, bukan ‘sempoi’ tapi aib - “Macam-macam dalam fikiran ni”

Kaum wanita khususnya yang beragama Islam disarankan mengenakan pakaian bersesuaian ketika di tempat awam. -Gambar hiasan

MUNGKIN bagi sesetengah individu, tindakan segelintir wanita keluar rumah hanya berbaju tidur untuk membeli sesuatu atau menikmati sarapan di luar kelihatan 'sempoi'.

Namun, ada juga golongan yang kurang bersetuju dengan 'trend' atau amalan sedemikian. 

Terpanggil untuk memberi teguran, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap sesetengah wanita Muslim, khususnya yang bertudung, yang dilihat mula menormalisasikan keluar rumah dengan memakai baju tidur.

A bad night's rest crosses over into being a chronic condition when it really starts to impact how you function during the day, according to Prof Patel. — TNSMempersiapkan diri sebaik bangun dari tidur menandakan seseorang itu seorang yang teliti dan berdisiplin. -Gambar hiasan

"Wanita-wanita Muslim, tolonglah jangan normalise keluar breakfast dengan baju tidur lagi-lagi yang bertudung," tulisnya dalam satu hantaran.

Individu itu menambah, wajah polos mereka tanpa solekan itu boleh diterima sebagai kecantikan semula jadi, namun penampilan dengan baju tidur di tempat awam seperti kedai makan tetap menimbulkan pelbagai persoalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaju kelawar, tak pakai bra... Rupanya ramai sakit mata, naik segan tengok pakaian ibu hantar anak ke sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seksi akur disuruh tutup aurat lepas kahwin tapi kecewa suami tak berubah... Ligat ‘like’, ‘follow’ akaun perempuan ‘hot’

"Tapi berpijama makan sarapan atau beli sarapan, macam-macam dalam fikiran ni.

"Tak tahulah kalau ada yang rasa cool," tambahnya sinis.

Menurutnya lagi, walaupun tiada peraturan khusus melarang pemakaian sedemikian, soal menjaga penampilan di tempat awam mencerminkan maruah diri dan identiti.

  • Tindakan sesetengah wanita keluar rumah berbaju tidur untuk sarapan menimbulkan rasa kurang senang segelintir individu.

  • Seorang individu berpendapat penampilan di tempat awam terutama bagi wanita Muslim bertudung, seharusnya dijaga.

  • Walau tiada undang-undang melarang, pemakaian di luar rumah mencerminkan maruah dan keperibadian diri.

  • Menurutnya, perkara sebegini tidak wajar dinormalisasikan. 

  • Kebanyakan netizen setuju memakai baju tidur di luar rumah kelihatan tidak sopan dan kurang beradab.

"Kalau kita biasa tengok orang-orang bekas askar, polis, bomba yang dah biasa disiplin dengan pemakaian ni, pergi breakfast dekat-dekat pun baju bergosok.

"Kadang berkasut... kemas. Sikap disiplin tu dah jadi terbiasa walaupun berusia. Salute saya tengok," tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi bercampur, namun rata-ratanya menyokong teguran wanita tersebut. 

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. 

"Budak umur sembilan tahun ke bawah comel la pakai pijama pergi beli breakfast. Orang dewasa hodoh ye... tak tahu nak describe macam mana tapi hodoh dan bodoh. Bukan seksi ye.  

"Pada saya, jangan pakai dekat luar apa yang kita selesa dekat rumah, apatah lagi yang orang tahu kita tidur bergolek dalam pakaian tu. Bukanlah aurat tapi lebih kepada aib. 

"Setuju. Benda simple untuk self-care pun tak boleh nak settle seawal pagi. Apatah lagi yang lain-lain," antara komen netizen. 

 

Artikel Lain