APABILA berubah menjadi manusia yang lebih baik selepas berkahwin, wanita ini seolah-olah merasakan pengorbanannya seakan tidak dihargai oleh suami.
Antara perubahan besar yang dilakukan termasuklah menutup aurat sepenuhnya walaupun sebelum ini dia berpenampilan seksi dan tidak bertudung.
Namun, dia terkilan apabila suaminya kantoi memberikan tanda 'like' (suka) dan mengikuti akaun-akaun media sosial wanita yang sering berpakaian seksi.

Emosi seorang wanita lebih sensitif ketika hamil. -Gambar hiasan
"Suami saya like gambar perempuan seksi dan siap follow (ikut) lagi semua wanita tu. Dia minta maaf lepas tahu saya nampak semua (perbuatan) tu.
"Tapi saya cakap tak payah minta maaf. Awak tahu saya pun boleh post gambar-gambar tu. Nak ingatkan awak, saya pun seksi dan free hair (tidak bertudung) sebelum kahwin," cerita wanita ini.
Menurut wanita itu lagi, dia berasa amat kecewa dengan sikap pasangannya apatah lagi dia menutup aurat kerana mentaati permintaan suami.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu ‘liberal’, bercerita hal perempuan lain dengan isteri... Mak janda hujung rumah pasang ‘aircond’ pun tahu!
ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”
Lebih membuatkan dia sakit hati apabila suaminya sekadar bertanya mengapa dia mahu berbuat demikian sebelum mengucup tangan dan perutnya, di mana dia kini sedang hamil 11 minggu.
"Bagi saya, kalau dia suka perempuan seksi... saya ada kedua-dua (kriteria) solehah dan solehot (seksi) dah sekarang. Saya cantik kot! Ikut cakap dia pula tu kena bertudung lepas kahwin. Tak cukup taat lagi ke?
"Niat saya (luah), nak bagi dia ingat balik betapa cemburunya dia dulu masa kami bercinta. Tapi dia macam tak ingat semua tu. Beberapa kawan lelaki saya, dia padam nombor telefon tanpa pengetahuan saya.
- Wanita menutup aurat sepenuhnya selepas berkahwin demi menghormati permintaan suami.
- Dia kecewa apabila suami kantoi 'like' dan mengikuti akaun wanita berpakaian seksi di media sosial.
- Suami hanya minta maaf secara sambil lewa dan memberi respons yang tidak meyakinkan.
- Isteri yang kini hamil 11 minggu meluahkan rasa terkilan kerana pengorbanannya tidak dihargai.
- Ramai bersimpati serta mengecam tindakan suami yang dianggap tidak menjaga hati isteri.
"Gambar saya yang menurut dia seksi, dia padam. Tanpa pertimbangkan semua tu memori masa saya bercuti. Dia padam sebab dia risau saya post dekat media sosial," jelasnya lagi.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.
Malah ada juga warga maya yang memberi cadangan dan pandangan mereka susulan apa yang diluahkan wanita ini.

Komen netizen di media sosial.
"Tip yang tak berapa nak tip, lepas ni awak hantar je selfie (swafoto) seksi dekat suami sendiri.
"Saya geli dengan jantan yang dah buat salah, tapi acah sweet cium tangan. Awak memang s**l.
"Tu la perempuan kena berubah selepas kahwin sebab nak jaga suami. Akhirnya suami masih perangai macam syaitan dekat belakang. Nak isteri solehah tapi diri sendiri masih terkapai tak jaga hati isteri," komen beberapa netizen.


