suria

Korban kerjaya stabil di luar negara, balik Malaysia demi nikahi kekasih... Pemuda hampa bakal mentua ada ‘plan’ lain

Antara salah satu sebab cinta tak kesampaian adalah kerana tidak mendapat restu orang tua. -Gambar hiasan

BUKAN mudah membuat keputusan besar dalam hidup, apatah lagi apabila ia melibatkan masa depan, karier dan cinta.

Namun itulah yang dilalui seorang lelaki apabila dia nekad pulang ke tanah air setelah lapan tahun menetap di luar negara, demi memperjuangkan hubungan yang lama terjalin dengan kekasihnya.

Siapa sangka, di sebalik kesanggupannya meninggalkan kerjaya dan kehidupan selesa di perantauan, rupa-rupanya realiti yang menantinya di tanah air jauh berbeza dengan sebelum ini.

Jodoh adalah takdir yang sudah ditentukan Yang Maha Esa. -Gambar hiasan

"Saya dah berkorban secure job, future saya, kehidupan saya di luar negara sebab nak bersama dengan pasangan saya dan bercadang nak berkahwin.

"Tetapi perkara yang tidak diingini berlaku di mana saya menghadapi reverse culture shock dan saya menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan.

"Sana sini sudah saya apply tapi tiada jawapan," luahnya dalam perkongsian di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi senyuman, isteri berubah 360 darjah! Tawar hati dapat tahu suami berzina - “Bercakap dengan saya pun dah tak nak”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terpaksa undur diri, tak tahan BF cakap bersembur air liur bersepah - “Rasa nak muntah, lencun muka”

Apa yang lebih membuatkan dia runsing, keluarga teman wanitanya pula mendesak untuk segera berkahwin sekali gus membuatkan hubungan cinta mereka semakin tegang.

"Ibunya sudah carikan jodoh lain untuk dia. Saya minta pasangan bersabar dan saya sedang berusaha, tetapi dia tidak boleh tunggu kerana ditekan oleh keluarganya untuk berkahwin.

"Situasi saya sekarang, pasangan dah tawar hati sebab saya masih belum ambil langkah untuk berkahwin dengan dia. Saya bukan saja-saja tak ambil langkah tapi saya sedang berusaha.

"Apakah perlu saya buat? Perlukah saya undur diri dan berhenti berharap?" tulisnya lagi sambil meminta pandangan warga maya.

  • Seorang lelaki pulang ke tanah air selepas lapan tahun di luar negara demi memperjuangkan cinta.

  • Dia tinggalkan kerjaya stabil di luar negara, namun tanpa disanga dia sukar memperoleh pekerjaan  di Malaysia.

  • Keluarga teman wanita mendesak untuk berkahwin, menyebabkan hubungannya dan pasangan menjadi tegang.

  • Pasangannya mula tawar hati kerana tekanan keluarga dan ketidakstabilan lelaki itu.

  • Lelaki itu meminta pandangan netizen, dan ramai memberi sokongan serta nasihat agar dia utamakan diri dan masa depan dahulu.

Di ruangan komen, netizen tampil dengan reaksi bercampur dengan ada yang memintanya berterus-terang dengan keluarga pasangan demi mempertahankan hubungan cinta mereka.

Namun tidak kurang juga ada yang menasihatkan lelaki tersebut supaya akur dengan ketentuan takdir dan fokus dengan kehidupannya jika sudah tiada persefahaman antara kedua-dua pihak.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. 

"Mohon kerja di sana semula. Jangan kahwin sebab terdesak atau dipaksa.

"Banyakkan doa dan istikharah. Kalau jodoh tak ke mana. 

"Buat solat istikharah, jangan lembik… Orang dah tak nak,  move on sajalah," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain