SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas mendedahkan kisah dirinya yang tinggal sebumbung dengan 'lelaki jadian' di sebuah rumah sewa.
Menurut pengadu, identiti lelaki itu hanya terbongkar selepas pemilik rumah meminta setiap penghuni menyerahkan salinan kad pengenalan.
"Aku sewa bilik kat bandar ni, mula-mula ada budak baru masuk, awal-awal tu macam biasa je la.

Ramai anak muda menyewa sebelum memiliki rumah sendiri. -Gambar hiasan
"Tapi dalam sebulan dia duduk sini, banyak sangat benda suspicious. Kami pun inform tuan rumah.
"Lepas tu tuan rumah minta semua penyewa bagi salinan kad pengenalan. Dia ni asyik bagi alasan, rupanya pondan weh.
"Tapi muka sumpah macam perempuan, siap pakai tudung lagi," tulis wanita itu.
- Wanita dedah menyewa rumah dengan lelaki menyamar sebagai wanita.
- Rakan serumah perasan penampilan dan suara mencurigakan.
- Identiti terbongkar selepas tuan rumah minta salinan kad pengenalan semua penyewa.
- Lelaki itu didakwa tidak bekerja namun sering keluar awal pagi.
- Tuan rumah arahkan lelaki berkenaan pindah sebelum Jumaat.
Menurut pengadu, dia dan lelaki itu menyewa bilik bersebelahan, namun jarang bertemu kerana kesibukan kerja.
"Macam mana boleh sebulan baru tahu? Sebab faktor jarang bersemuka. Balik kerja semua terus masuk bilik masing-masing.
"Yang perasan dulu pun kawan aku, sebab dia selalu nampak budak tu pakai baju kelawar dan tutup kepala guna tuala.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu nak sangat zuriat perempuan, sanggup didik anak lelaki jadi pondan! - “Mak dia akan puji cantik”
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa anak 1 dilabel pondan kerana pandai memasak, buat kerja rumah... Sedih fikir mulut orang - “Mungkin juga sebab saya suka K-pop”
"Kakak sebelah bilik aku pula cakap yang bulu kaki dia macam lelaki. Suara pun kepit-kepit macam try hard sangat," ceritanya lagi.
Menurutnya lagi, dia mengesyaki penyewa itu tidak bekerja, namun pelik dengan gerak-gerinya yang selalu keluar pada waktu awal pagi.
"Tapi yang lagi peliknya dia pagi tak pergi mana. Maksudnya tak kerja pun. Tapi setiap subuh mesti keluar.

Segelintir lelaki lembut kelihatan seperti wanita tulen gara-gara pemakaian dan pembawakan diri mereka. -Gambar hiasan
"Aku pernah juga terserempak, cuma tak pasti yang selalu ambil dia tu lelaki sama atau berbeza sebab kadang naik kereta, kadang naik motor.
"Dia pernah bawa jantan masuk tapi masa tu tuan rumah maafkan sebab dia merayu dan tak tahu lagi dia lelaki," tulisnya.
Tambahnya lagi, lelaki berusia 27 tahun itu selama ini berdolak-dalih dengan memberi alasan kad pengenalan disimpan oleh ibunya.
Selepas penipuannya terbongkar, wanita itu berkata pemilik rumah memberi tempoh sehingga Jumaat untuk penyewa berkenaan berpindah.


